Terjah Soalan Berkaitan Islam Pada Orang Ramai, Content Lelaki Ini Raih Pujian Ramai

Terdapat banyak di media sosial pada masa kini dimana ‘content creator’ seperti youtuber, instafamous, tiktokers yang membuat eksperimen sosial.

Iospital phone repair gombak

Untuk eksperimen ini, mereka akan mendekati sesiapa sahaja di tempat awam untuk melihat keprihatinan mereka terhadap sesuatu perkara.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda menerjah orang ramai untuk bertanyakan soalan berkaitan Islam mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @qawiyaro, kelihatan seorang pemuda sedang berada di tengah bandar Kuala Lumpur untuk bertanyakan beberapa soalan kepada orang ramai.

Dia kemudian, menerjah beberapa orang di situ dan bertanyakan sedikit soalan berkaitan Islam. Jika mereka dapat menjawab, mereka akan diberikan tiket ke Konsert Malam Bulan Bintang yang akan menampilkan ramai artis tempatan terkenal.


Apa yang lebih menarik perhatian adalah, kesemua soalan yang ditanya dapat dijawab dengan betul orang ramai di situ.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengucapkan tahniah kepada mereka semua kerana dapat menjawab soalan-soalan tersebut termasuklah yang berjaya menjawab soalan yang dianggap sukar oleh sesetengah individu.

“Tahniah abang yang jawab ulul azmi tu” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar content sebegini dapat diuat lagi kerana pada masa kini banyak ‘content sampah’ seperti prank sehingga mengaibkan dan juga marketing murahan.

Antara komen wargamaya:

“Abang yang jawab soalan nabi ulul azmi memang mantap laa mattt”

“Untuk abang yang soalan Nabi Ulul Azmi tu, mengalir pahala abang sebab buat saya refresh balik 5 orang nabi tu”


“Content macam ni kita nakk.. terbaik yang semua dapat jawab”

“Alhamdulillah macam ni lah content yang sepatutnya.. tahniah semua..”

“Sumpah aku teruja.. content ni memang the best..

“Semua stylo milo tapi still boleh jawab.. mantap semua..”


Video yang tular di laman TikTok:

@qawiyaro terjah islamic trivia kat pavilion KL! tiket boleh dapatkan kat tiket2u.com.my/malambulanbintang #islamictrivia #mantuy ♬ original sound – qawiyaro