“Meremang, tiada yang mustahil” Buat Umrah Tanpa Suami, Wanita Terkejut Kelibat Muncul Selepas Berfoto di Masjid Nabawi

Terdahulu pernah tular di media sosial dimana seorang wanita akui terlampau rindu akan arwah ayah sehingga berdoa di tanah suci agar dipertemukan dengan seseorang yang mirip dengan ayahnya agar dapat melepaskan rindu.
Iospital phone repair gombak
Siapa sangka doaknya itu diangkat dan diperkenankan apabila dia menemui seorang jemaah yang mirip dengan ayahnya bukan sahaja dari segi rupa malahan juga dari bentuk tubuh badan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita dan dan adik beradiknya yang lain tidak menyangka berdepan satu pengalaman luar biasa ketika mereka berada di Masjid Nabawi, Madinah.

Berkongsi kisah itu menerusi video yang kini tular di TikTok, wanita yang senang dikenali sebagai Shasha berkata kejadian menakjubkan itu berlaku ketika dia dan kakaknya sedang bergambar kenang-kenangan di perkarangan Masjid Nabawi.

Menurut Shasha, ketika bergambar, mereka tidak berasa janggal dengan keadaan di sekeliling tetapi apabila gambar itu dilihat semula di telefon pintarnya, tiba-tiba kelihatan satu kelibat yang menimbulkan 1,001 persoalan.


“Pada 26 Februari, aku, mak, ayah, kakak dan adik aku berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Sebagai makluman, kakak aku pergi tanpa suami dia.

“Suami kakak aku cuma hantar dia sampai airport sahaja sehari sebelum berlepas.

“Ini kali pertama kakak aku pergi ke mana-mana tanpa suami, selalunya asyik berkepit sahaja. Tapi sebab ada mak ayah dan adik-beradik lain, kakak aku boleh ikut sekali.

“Memang sangat terkejut bila kami tengok foto bergambar di hadapan makam Rasulullah, ada nampak kelibat abang ipar (yang tidak ikut) di belakang kakak,” kata Shasha, terkejut dengan pengalaman itu yang dirasakan tidak masuk akal.

“Kami bergambar di hadapan makam Rasulullah, kalau tengok dalam gambar tu ada tali merah di belakang kami. Itu kawasan yang tak ada siapa dibenarkan masuk, orang tak boleh lalu.

“Tapi Subhanallah dengan izin Allah, bila kami balik hotel tengok gambar tu, nampak betul-betul ada suami dia dekat belakang kakak, seolah-olah tengah peluk dia dari belakang. Memang muka mirip suami kakak.



“Kakak pun ada cakap walaupun suami tak dapat ikut tapi dia sentiasa dapat merasai kehadiran suaminya di sisi.

“Sungguh cantik perancangan Allah, Dia tahu perasaan kakak macam mana bila berenggang dengan suami,” kata Shasha yang kagum dengan apa yang dilaluinya.

Menganggap kejadian itu adalah sesuatu yang luar biasa, Shasha memberitahu dia sempat berkongsikan perkara itu dengan mutawif yang bertanggungjawab ke atas kumpulan mereka.

“Mutawif pun terkejut bila kami tunjuk gambar itu dan dia hanya boleh cakap itu ia kebesaran Allah. Kalau fikirkan pun, tak akan ada orang nak peluk kakak saya dari belakang. Kakak saya masih ada di Tanah Suci setakat 27 Februari (Isnin),” ujar Shasha dalam video susulan.

Shasha turut menghantar momen tersebut ke dalam grup WhatsApp keluarganya dan mereka masing-masing menzahirkan rasa takjub dengan kebesaran Allah.

“Bila zoom, macam muka Pidoh (abang ipar Shasha) pun ada.

“Ya Allah meremang bulu roma tengok. Sebijik macam Pidoh. Kami semua tengok pun takut, ini kuasa Allah,” komen ahli keluarga Shasha yang lain dalam grup WhatsApp.

Tekan sini untuk lihat perkongsian yang tular.