Bahagian Dalam Rumah Dah Roboh, Luahan Adik Ini Dibenci Kerana Hidup Susah Buat Ramai Sebak

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Terkadang dalam hidup ini kita merasakan bahawa masalah kita lebih besar dari segalanya namun tanpa kita sedar, terdapat orang lain yang jauh lebih berat ujiannya berbanding kita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki meluahkan rasa sedihnya hidup dalam keadaan serba kekurangan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @myfundaction di TikTok, team mereka sempat singgah di sebuah rumah sewaktu berada di Kelantan.

Dalam video tersebut juga menunjukkan keadaan rumah yang dikatakan sudah hendak roboh dan keadaan tandas yang sangat menyedihkan.

Pada awalnya, mereka ingatkan perkara tersebut jadi disebabkan banjir namun siapa sangka mereka sekeluarga duduk dengan keadaan begitu sejak Oktober tahun lepas kerana keadaan rumah yang sangat rapuh dan ditiup angin.

Lebih sebak, seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Akid juga meluahkan rasa sedihnya apabila terpaksa hidup dalam keadaan begitu kerana tidak mempunyai wang.

“Mak abah tak mampu beli rumah besar.. kalau nak makan pun kena cari duit sendiri..”

Apabila ditanya bagaimana dia memperoleh wang sendiri pada usia yang sangat muda dan jawapannya buat ramai mengalirkan air mata.

“Cuci, Vacuum, cuci tandas (surau).. kadang-kadang dapat RM6 macam tu lah.. beli bawang merah, beli tepung untuk buat makan..”

Pun begitu, masih ada manusia yang seolah-olah tidak mempunyai hati perut menuduh mereka sekeluarga meminta dan mencuri.

“Ada orang kata kami lapar kedarah (meminta), ambil duit orang, Akid tak ambil pun.. Orang benci.. Tak tahu kenapa orang benci..” ujar adik Akid yang mengusap air matanya kerana tidak mampu menahan sebak.

Video yang tular di laman TikTok:

@myfundaction Cuba tengok toilet dorang 😭 #fyp ♬ suara asli – semangat yuk

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 4.1M tontonan,480.3K tanda suka, 24.9K komen dan 27.6K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan air mata apabila melihat apa yang dilalui oeh adik Akid.

Antara komen warga maya: