“Tak sangka kau datang Awie,” Mengalir Air Mata Pak Hamid Bila Awie Datang Ziarah

Pelawak dan pelakon veteran, Hamid Gurkha tidak menyangka menerima kunjungan penyanyi dan pelakon, Awie bersama kumpulan Wings yang datang untuk menziarahinya.

Misi Kemanusiaan Bantuan Ikhlas Syawal

Awie sedang menyertai Konvoi Misi Kemanusiaan Misi Bantuan Ikhlas Syawal Sayap-Sayap Wings dan Wings Motor Gang Society.

Sebelum ini, beberapa artis veteran lain turut mendapat kunjungan dari konvoi misi kemanusiaan antaranya adalah Amran Tompel dan keluarga keluarga Allahyarham Yazid Search.

Pak Hamid sambut mereka dengan linangan air mata 

Lawatan kali ini mereka ke rumah Pak Hamid yang disambut dengan linangan air mata oleh pelakon yang berusia 88 tahun itu.

Menerusi Instagram, sayap-sayap wings turut berkongsi momen tersebut bersama pengikutnya sebentar tadi.

Aku tak sangka kau dengan kawan-kawan kau datang Awie

“Suasana sebak menyelubungi ketibaan Dato’ Awie, Wings dan konvoi Misi Kemanusiaan Misi Bantuan Ikhlas Syawal Sayap-Sayap Wings dan Wings Motor Gang Society di rumah Pak Hamid Gurkha”.

“Namun suasana sebak kembali bertukar ceria apabila Pak Hamid dan Dato’ Awie berkongsi pengalaman manis mereka semasa penggambaran filem Zombie Kampung Pisang dan Antoo Fighter”.

Lawak Pak Hamid sepanjang zaman

Sebelum ini, Pak Hamid popular dengan lakonan dalam banyak filem-filem komedi seperti Sikit Punya Gila dan Zombi Kampung Pisang.

Sejak dari dulu lagi, lakonan Pak Hamid sentiasa buat kita tidak kering gusi menonton keletah beliau.

Rata-rata netizen menyokong lawatan pelakon veteran

Semoga Pak Hamid dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik disamping keluarga tercinta.

Rata-rata netizen turut memuji aktiviti konvoi tersebut yang melawat pelakon-pelakon veteran dan menyokong aktiviti itu diteruskan.