“Ayam nak masuk tidoq” Oyen Buat Hal Masuk Sangkar Kacau Anak Ayam, Bebelan Lelaki Ini Undang Dekah!

Kalau sebut je pasal Oyen ni, memang ramai dah tahu dengan gelagat nakalnya. Manakan tidak, ada sahaja perkara pelik yang hendak dilakukannya.

Jadi tidak hairanlah kalau Oyen menjadi antara kucing ‘favourite’ rakyat Malaysia masa kini memandangkan telatahnya sering membuatkan ramai tidak kering gusi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki membebel panjang apabila kucing miliknya yang bernama Toyen gigih untuk masuk ke dalam sangkar untuk kacau anak ayam mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Ekoqkontot, dia sering memuat naik video dimana perangai Si Toyen yang sering mengacau haiwan-haiwan lain yang berada di rumahnya seperti ayam.

Dalam video tersebut, lelaki itu memuat naik perbezaan rupa Toyen dari kecil sehinggalah besar namun ada satu perkara yang tidak berubah iaitu perangainya yang nakal.

Melalui salah sebuah video yang dimuat naik, dapat kita lihat Si Toyen sedang berguling-guling bermain dengan anak ayam yang dipeluk erat olehnya di luar sangkar.

Dek kerana terlalu kusyuk bermain, Toyen tidak sedar ianya sudahpun menjelang Maghrib dan itu adalah waktu untuk tuannya memasukkan anak ayam ke dalam sangkar.

“Ayam nak masuk tidoq, esok la main hang berguling kat situ kotoq!” ujarnya dalam video itu.


Tidak berputus asa, Toyen tetap mengejar anak ayam untuk menggomolnya sehinggalah dia sanggup masuk ke lubang yang agak kecil.

“Ya Allah, Allahuakbar, aku geram sunggoh budak Toyen ni! Tubik tubik!” jeritnya.

“Sampai terjun masuk lagu tu. Siapa dia yang kata tak boleh masuk dalam lubang ni, kata aku yang bubuh, hampa ni la takda pasai nak bubuh dalam tu,” tambahnya menjelaskan kepada pengikut yang Toyen memasuki lubang itu sendiri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat Toyen apatah lagi bila dia membuat muka seolah-olah langsung tiada rasa bersalah diatas tindakannya itu.

Antara komen warga maya:

“Sayang betul toyen tu dengan anak ayam tu.. hari2 dia gomol..”

“Ya Allah hahaha dia buat macam teddy bear je kan”


“Bang, saya ada buat service sunat oyen satu Malaysia.. roger2 la.. geram pulak tengok oyen buli kecik tu”


Video yang tular di laman TikTok:

@winssawie yg kata sy boh toyen masuk dlm lubang tu pastu bt video.ni hampa tingok mcm mn badan gemuk dia lompat masuk dlm tu. magrib2 ja kena bekalai dng depa dulu.#toyen#samsemkgdusun ♬ bunyi asal – Ekoq kontot