Tetap Santai Makan Walaupun ‘Lencun’ Tempias Hujan, Gelagat Lelaki Ini Undang Dekah Ramai!

Seperti yang kita tahu, apabila tiba sahaja hujung tahun pasti Malaysia akan mengalami musim tengkujuh dimana ada sesetengah kawasan dilanda hujan lebat dengan kerap.
Iospital phone repair gombak
Bahkan ada juga segelintir kawasan yang terjejas dek kerana dinaiki air banjir.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat beberapa orang lelaki ini yang makan di dalam hujan mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok @ryy_rai, kelihatan mereka sedang berada di sebuah kedai makan sedang menjamu selera.

Namun, tiba-tiba hujan yang pada mulanya hanya turun ‘biasa-biasa’ sahaja berubah menjadi sangat lebat.

Lihat sahaja pada angin yang kuat sudah pasti tempias hujan yang datang boleh menyebabkan mereka basah lencun.


Pun begitu, apa yang mengundang dekah ramai adalah apabila mereka seakan-akan tidak menghiraukan hujan lebat itu bahkan sempat makan dengan sangat berselera walaupun makanan mereka sudah dimasuki air hujan!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat mereka berdua yang tetap santai makan apatah lagi dengan reaksi mukanya yang lucu.

“The fact that everyone is enjoying their food eventhough its disaster” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mengatakan hujan tidak menghalangi, cuma membasahi.

Antara komen warga maya:

“Nasi goreng hujan satu!!!”

“Betul2 passing cloud HAHAHAHAHHAHA”

 


“Nasi hujan lebat”

 

“Hujan tidak menghalangi cuma membasahi”

“Tetap makan walau badai menerpa”

 

Video yang tular di laman TikTok:

@ryy_raiputting the sea in seafood♬ passing cloud je ni – ayammasakmerah

etika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 7.2M tontonan, 1.0M tanda suka, 12.8K komen, 48.1K simpanan dan 16.7K perkogsian di applikasi TikTok.

Hahahaha tersangat santai eh makan dalam hujan, nasi goreng terus jadi bubur dah kalau macam ni..