Santai Main Game Sementara Tunggu Ambulance, Gelagat Mangsa Kemalangan Ini Buat Ramai Terhibur

Bila berlakunya kemalangan, sudah pasti mangsa akan berada dalam keadaan panik apatah lagi jika berlaku kecederaan pada badan.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, pelbagai perkara yang bermain difikiran sama ada perlu membuat pembedahan jika berlakunya patah pada bahagian tulang ataupun pendarahan yang banyak dek kerana insiden itu.

Jadi, pastinya mangsa akan termenung panjang sambil berehat menanti ketibaan ambulans untuk rawatan susulan sebelum hantar ke hospital.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana reaksi ‘santai’ seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @.hazelmint, kelihatan pihak polis dan orang awam yang berada di tempat kejadian untuk melihat keadaan mangsa yang terlibat.


Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat mangsa kemalangan yang santai berbaring di tepi jalan sambil bermain permainan Candy Crush di telefonnya.

Lelaki tersebut seakan-akan berada di dalam dunianya sendiri walaupun jelas dikawasan tersebut dipenuhi dengan orang awam yang hadir menjenguk tempat kejadian.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat lelaki itu yang sempat bermain game walaupun terlibat dalam kemalangan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berpendapat bahawa mungkin itu adalah cara untuknya menghilangkan stress selepas apa yang berlaku dan melupakan kesakitan yang ditanggung pada ketika itu.

Antara komen warga maya:

“Selagi kita boleh santai kita santai bang walaupun kesakitan melanda”

“Orang kata stress lagi sakit so kita kena santai”


“Haih baru nak doakan selamat last last dia sempat layan candy crush”

 

“Dia nak kawal rasa sakit tu, jadinya bila main game lupa yang dia luka”


Video yang tular di laman TikTok:

@.hazelmint ambulans lambat sngat, segame dulu 🗿#fypシ #HadaLaboCantikGlow #fypage #foryoupage ♬ tenang by amcha – amchaa