Ayah Siap Bunyikan Hon ‘Baby Shark’, Anak ‘Excited’ Lambai Ayah Pergi Kerja Dari Atas Jambatan Buat Ramai Tersentuh

Anak lelaki sentiasa menjagi ‘gang’ kaum ayah kerana dianggap mempunyai minat yang sama.

Jadi tidak hairanlah ramai anak lelaki diluar sana yang rapat dengan ayahnya malah menjadi seperti sahabat apabila besar kelak.

Anak kecil yang masih membesar sememangnya memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa namun ianya terbatas oleh kerana pekerjaan.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak menunggu ayahnya di jejantas mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang juga merupakan ibu kepada budak lelaki tersebut iaitu @kylieyaa, kelihatan budak lelaki tersebut menunggu ayahnya yang juga seorang askar dan pada ketika itu ditugaskan untuk memandu lori askar.

Dapat kita lihat, dia melambai ke arah lori tersebut malah ayahnya juga sempat membunyikan hon bertemakan lagu ‘baby shark’.

Difahamkan, dia mengeluarkan wangnya sendiri untuk memasang hon tersebut demi budak lelaki ini walaupun lori itu bukanlah miliknya.

Ayahnya juga sempat menjengukkan kepada dan melambai anaknya yang berada di atas jejantas itu.

Menerusi sebuah lagi video lain, dapat kita lihat ayah kepada budak lelaki ini juga sering membawanya untuk menaiki lori bersama-sama malah ibunya mengakui itulah cara adam berhibur bersama ayahnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@kylieyaa Setia menanti. Dapat tengok dari jauh pun dah cukup happy ❤️ #fyp ♬ Make You Mine – PUBLIC

@kylieyaa Reply to @izzailiff_ kat sinilah taman permainan adam 😊 #fyp #anakaskar ♬ Dandelions (slowed + reverb) – Ruth B.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat si anak yang sangat teruja apabila melihat ayahnya walaupun daripada jauh.

Berikut merupakan komen warga maya:

“hanya ayah2 je tau feeling dia bila nampak anak excited nampak kita balik keje.. lupa habis penat keje kalau nampak anak macam ni..”

“jangan budak tu, aku kalau lori hon dah bunyi macam gini pun aku kesah apa malu ke tak aku lambai sampai habis”

“bagus kalau faham begini.. ajar anak supaya sama2 semangat dengan tugas ayah bukan tunjuk anak mengamuk menangis”