Guru Besar Dapat Kejutan Naik Helikopter Pusing KL, Majlis Persaraan ‘Another Level’ Raih Perhatian Ramai

Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menyinari nak muridnya. Terlalu besar pengorbanan seorang pendidik sehingga tidak terungkap dengan kata-kata.
Iospital phone repair gombak
Jadi tidak hairan lah jika ada pihak sekolah yang mengadakan majlis persaraan bagi guru-guru yang akan bersara bagi menghargai jasa setiap guru dalam mendidik dan berkhidmat di sesebuah sekolah.

Seringkali kita lihat, tentunya akan ada persembahan dari murid, sesi bersalaman buat kali terakhir, pantun atau sajak, malah ada juga yang menyediakan pelamin ringkas buat guru serta sedikit jamuan.

Sebelum perpisahan, guru turut diiringi oleh guru dan anak murid menuju ke kenderaan yang telah siap dihias.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pihak sekolah memberikan kejutan yang luar biasa untuk Guru Besar di sekolah SK Jalan Empat Bandar Baru Bangi pada 18 Februari yang lalu mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram iaitu @Nadiahmasre, Guru besar tersebut dibawa menaiki Helikopter untuk pusing di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Selain itu, mereka juga turut mempersembahkan flashmob tema Bollywood kepada beliau. Komitmen semua guru di sekolah tersebut membuatkan guru besar terharu dan menangis.


Difahamkan, Guru Besar tersebut telah berkhidmat selama 38 tahun dan terdapat insan-insan yang bermurah hati ikhlas untuk menaja khas kepada guru besar itu kerana ramai yang menyanjung dan menyayangi guru besar berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata teruja melihat video tersebut malah berpendapat mungkin guru tersebut memiliki personaliti yang positif dan sangat baik sehinggakan ramai yang terkesan dengan persaraannya.

Video yang tular:

Meriahhnya majlis persaraan mereka, tak terbayang apa kebaikan yang dilakukan oleh guru tersebut selain mendidik sehingga ramai yang menyayanginya siap menaja menaiki helikopter pusing KL kan.. apa-apa pun min ucapkan selamat berehat budat guru tersebut.