[VIDEO] “Awak tahu saya siapa?!” YB Melaka Berang Dirakam Lagi

Norhizam Hassan Baktee, seorang anggota Exco Melaka yang pernah viral di laman sosial Oktober tahun lepas berkaitan isu penutupan jalan di sebuah taman perumahan di negeri itu.

Melalui video tersebut, netizen kurang senang dengan Norhizan yang dianggap kasar dan kurang sopan.

Terbaru, Norhizam sekali lagi terbabit dalam sebuah rakaman video viral ketika satu perbincangan dengan pengayuh beca dipercayai berlaku di sekitar Menara Taming Sari, Melaka.


Jelas di dalam video itu, Norhizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu dilihat berbincang dengan beberapa wakil pengayuh beca dan diawasi beberapa orang pegawainya.

Pada mulanya, perbincangan dipercayai berkaitan masalah lalu lintas yang berlaku membabitkan pengayuh beca dan pengunjung tempat tarikan pelancong sekitar bandar itu berlangsung tanpa masalah.

Kemudian, Norhizan memberi cadangan supaya pengayuh beca diberi kursus supaya pengayuh beca terbabit ‘sekolah sedikit’.

Apa yang dikatakannya itu membuatkan perakam video bertanyakan Norhizan adakah dia ingin mengatakan pengayuh beca tidak sekolah.

YB Melaka itu kemudiannya dilihat berang dengan tindakan perakam video merakam dirinya dan menyoal jika perakam kenal dirinya siapa.

Norhizan kemudiannya ditenangkan oleh pegawainya untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini berlaku.

Semoga perkara seperti ini tidak berlaku lagi kerana sudah tentu akan menjejaskan imej kerajaan yang dilihat tidak profesional.