“Silakan solat, saya akan lindungi awak” Lelaki Ini Terharu Layanan Polis di New Zealand

Heartwarming.

Harini aku pergi ke Masjid Al-Huda, Dunedin. Ia terletak di salah satu bandar di South New Zealand kira2 sejauh 350km dari bandar Christchurch. Waktu sudah petang, aku hendak menunaikan solat Asar.

Masjid sudah DIBENARKAN untuk solat bagi beberapa daerah dengan kawalan pihak polis. Mereka menjaga dari awal masuk waktu hingga habis waktu solat.

Ketika menuju ke pintu masjid aku menyapa anggota polis yang bertugas,

“Can I enter this mosque and doing my prayer?”

Beliau menjawab dengan senyuman yang amat menenangkan,

“Please my friend, I am here to protect you from outside”

Kami pun berbalas senyuman dan aku masuk terus ke masjid melakukan ibadah wajib. Deep inside, I feel blessed.

Sejurus aku habis menunaikan ibadah, seorang lelaki sesama muslim yang bernama Fauzan menegur aku. Beliau menetap di Dunedin.

Kami bersalaman and having a chat together. Pelbagai topik yang diborakkan lagi2 berkaitan dengan tragedi yang berlaku di Christchurch baru2 ini.

One of the conversation that I always remembered ialah apabila Fauzan mengetahui bahawa aku sedang musafir, beliau meminta didoakan agar keadaan disini kembali aman seperti biasa dan mendapat kesejahteraan dunia juga akhirat. Because for them, it means a lot.

Aku tersentuh hati dengan masyarakat New Zealand yang tidak membiarkan minoriti umat Islam disini rasa “terasing”. Pelbagai bunga dan ucapan di hadapan perkarangan masjid diberi oleh mereka untuk menunjukkan sokongan bersama.

Even they feel sorry this happened, and they promise that we will facing this together.

Heartwarming is the best way to describe this, no hate just spread love.

Kia Kaha, semoga para syuhada yang terbunuh akibat serangan dikurniakan syurga yang tertinggi.

To all New Zealanders, thank you for always be with us no matter what happens.

We are one.

Wafi Shaik
18 March 2019
Masjid Al-Huda,Dunedin
New Zealand

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Artikel ini adalah tulisan asal Wafi Shaik di Facebook beliau. Anda boleh membaca posting asal di sini.[/su_note]