“Arwah mesti tersenyum dari sana” Video ‘Uwais Menang Ibu’ Dari Shuib Buat Netizen Sebak

Kebelakangan ini, ramai perasan Shuib selalu memuat naik video anak sulung nya, Uwais yang sedang ‘training’ bermain golf.

Terbaru, Shuib berkongsi video dan foto kemenangan anaknya, Uwais dalam sebuah pertandingan golf.

Menerusi video yang dimuat naik Shuib di laman Instagram miliknya, difahamkan Uwais mendapar tempat pertama dalam pertandingan ‘Palm Resort Junior Open Golf Championship’ baru-baru ini.

Tidak berseorangan, Shuib membawa anak-anaknya yang lain termasuk bapa mentuanya ke majlis penyampaian hadiah tersebut.

Namun apa yang membuatkan netizen sebak adalah luahan Shuib di ruangan kapsyen yang mengatakan pasti ibunya Siti Sarah Raissudin bangga dengan pencapaian anaknya.

Percaya daddy, ibu pasti sangat bangga! Ibu yang nak sangat Uwais jadi golfer sayang. Hari ni dia senyum tengok Uwais menang. More to go, kerja keras, Praktis kuat-kuat. Terima kasih datuk selalu bawa uwais praktis. Daddy akan buat habis baik untuk Uwais selagi daddy bernyawa. U are my champion!


Bukan itu saaja, Shuib juga berkata dia ingin melakukan yang terbaik buat Uwais demi merealisasikan impian isterinya untuk melihat Uwais menjadi seorang golfer yang paling hebat.

Berikut merupakan video yang dikongsikan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengucapkan ucapan tahniah buat anak hebatnya, Uwais.

Tidak ketinggalan, rakan artis juga turut kagum dengan pencapaian anak sulung Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah.

Terdahulu, Shahmira Muhamad (Shuib) telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Siti Sarah Raissudin dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan yang terbaru Ayyash Affan.

Ayyash Affan dilahirkan secara pramatang pada 6 Ogos lalu ketika Siti Sarah bertarung nyawa kerana jangkitan Covid-19 dan beberpa hari selepas itu, Siti Sarah disahkan menghembuskan nafas terakhirnya.