Connect with us

Selebriti

“Terlampau banyak bodoh dalam kabinet,” Pak Azad Rayu PM Buang Menteri


Keadaan di beberapa buah negeri yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini masih belum pulih sepenuhnya. Mereka masih bergantung pada bantuan-bantuan yang dihulurkan oleh orang ramai.

Banyak juga kita lihat NGO dan pasukan sukarelawan sedaya upaya memberi pertolongan yang mencukupi kepada mangsa-mangsa banjir ini demi memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

Boleh kita katakan bahawa NGO telah memainkan peranan dengan baik sekali berbanding dengan pihak lain.


Melihat keadaan di sosial media, ramai yang membangkitkan isu hangat seperti sesetengah ahli politik mementingkan diri sendiri dan membuat kerja sambil lewa.


Malah ada juga yang mendakwa terdapat ahli politik yang lambat bertindak dan seolah-olah ghaib apabila diperlukan.

Ramai sebenarnya yang berasa tidak berpuas hati dengan kerajaan yang lambat bertindak termasuklah seorang pelakon terkenal yang juga suami kepada Eira Syazira iaitu Azad Jasmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad.

Sebagai seorang yang peka tentang isu semasa, Pak Azad telah meluahkan rasa kecewanya terhadap kerajaan menerusi sebuah video yang dibuatnya di sebuah platform sosial media.

Di dalam video tersebut, dia menyeru kepada perdana menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob agar menteri yang digelarnya ‘kolot’ dan ‘bangang’ dapat dihapuskan daripada kabinet Malaysia.


Pak Azad juga berkata dia merayu agar ‘pencucian’ jemaah menteri dapat dilakukan dengan segera kerana terlalu banyak kebodohan dan keegoan yang berlaku sejak-sejak kabinet dirombak semula pada beberapa bulan yang lalu.

Pelakon itu juga kecewa dengan layanan yang diberikan oleh jemaah menteri kepada mangsa-mangsa banjir baru-baru ini kerana kebanyakan daripada mereka tidak bersifat kerakyatan juga hanya mementingkan ‘poket’ sendiri berbanding dengan perut rakyat.

Menerusi beberapa video lain yang dibuat, dia turut mengutuk perbuatan menteri-menteri yang masih sempat menghadiri majlis politik dan majlis makan malam sehari sebelum mengadakan sidang media tentang cara kerajaan menangani masalah banjir dikala rakyat sedang berduka atas kehilangan keluarga, tempat tinggal, haiwan kesayangan dan macam-macam lagi!

Video tular di laman Tiktok:

@video.artis.malaysiamalu ada menteri macam ni♬ original sound – Video.viral

@video.artis.malaysiaPak Azad tuih dekat menteri♬ original sound – Video.viral

@video.artis.malaysiasebelum bantu buat dinner♬ original sound – Video.viral

Melihat di ruangan komen pula, ramai yang menyokong kenyataan yang diberi oleh Pak Azad kerana rata-rata netizen setuju bahawa ahli politik sudah semakin celaru.

Mereka juga hilang sifat empati kepada rakyat yang sedang merana akibat musibah banjir sekarang.

Isu hangat yang dibualkan oleh Pak Azad telah meraih perhatian ramai sehingga mencecah jumlah tontonan sebanyak 407.7 ribu kali, 23.1 ribu tanda suka, 2765 komen dan perkongsian sebanyak 3720 kali!

Video yang tular di laman TikTok

@video.artis.malaysiaharap PM buang menteri tak boleh pakai♬ original sound – Video.viral

Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“”Wow . ..Pak Azat…..hebat yee berani bersuara demi rakyat”

“100% sokong”


“betul tu pk azad.sy setuju yg pk azad ckp tu btul.trima ksih pk azad berani bersuara demi rakyat Kita.”

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)