Connect with us

Selebriti

“Arwah menitiskan air mata.” Zizi Kirana Kongsi Detik-detik Akhir Sandra Dianne

Penyanyi popular, Zizi Kirana sempat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sandra Dianne di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi.

Menurut Zizi, dia bergegas ke hospital selepas dimaklumkan perkara itu oleh pengurusnya yang dikenali sebagai, Bob yang berada di sana.

Zizi juga dimaklumkan arwah sudah dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) pada pagi semalam sebelum dilaporkan kritikal pada jam 11 malam.

“Ibu arwah cakap, sebelum disahkan meninggal, arwah menitiskan air mata,”

“Sehari sebelum kemalangan, Sandra ada masuk di sesi siaran langsung Instagram saya. Saya ucapkan tahniah dan beri dia kata semangat dan berjanji mahu datang memberi sokongan di Big Stage. Tapi, tidak kesampaian dan akhirnya pertemuan kami di hospital.

“Hampir setiap hari saya dikemaskini mengenai perkembangan Sandra termasuklah arwah dipindahkan ke CCU. Cuma, semalam seharian saya berasa tak sedap hati. Berkali-kali saya tanya pada Bob mengenai keadaan Sandra.

“Pada jam 11 malam tadi, Bob mesej saya yang Sandra dalam keadaan kritikal dan pada jam 1 dia sudah tiada. Kebetulan sesi rakaman saya sudah habis, jadi terus ke hospital,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zizi, dia juga berada di hospital pada hari pertama arwah dimasukkan ke unit kecemasan.

Zizi berkata, walaupun dia baru dua tahun berkawan dengan arwah selepas bekerjasama menerusi lagu Terkemuka, Zizi menyifatkan arwah seorang yang sangat baik.

“Kali pertama jumpa masa nak bekerjasama lagu Terkemuka. Dari situ kami terus berkawan. Dia seorang yang lucu dan lurus bendul. Tapi, sangat ‘best’ berkawan dengannya.

Zizi dan Sandra bersama dengan Benzooloo menyanyikan lagu bertaujuk Terkemuka dan pernah menjadi lagu hit pada tahun 2018.

“Hari pertama dia dimasukkan ke hospital saya tunggu sampai tengah malam untuk pastikan dia sedar. Tapi, selepas lebih empat jam masih tak sedar, doktor terus masukkan ke ICU.

“Lebih menyedihkan, minggu depan iaitu 16 September hari jadi Sandra. Padahal saya ada cakap pada pengurus yang mana nak belikan kek dan berharap dia sedar ketika itu,” katanya.

Pada sabtu lepas, Sandra yang juga bintang Big Stage musim ketiga, mengalami kemalangan jalan raya dan ditempatkan di ICU hospital itu.

Jenazah Allahyarham akan disempurna dan dikebumikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah.

Rata-rata para peminat berkongsi kesedihan di laman Instagram Sandra.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.