[FOTO&VIDEO] “Sweet sangat, bersemut tengok!” Mira Filzah & Suami Bulan Madu Di Langkawi

Pelakon Mira Filzah selamat diijabkabul dengan pasangannya, Wan Emir Astar pada 3 September yang lepas.

Biarpun sudah seminggu berumah tangga, rata-ratanya masih menanti perkembangan pasangan kesayangan ramai ini.

Di sini kami kongsikan dengan anda beberapa foto dan video sekitar bulan madu mereka di Langkawi.

Bulan madu di Langkawi

Menerusi laman Instagram, Mira Filzah kongsi beberapa keping foto dia dan suami sedang ‘honeymoon’ di Langkawi.

Rata-rata para peminat teruja melihat pasangan ini dan tak sabar menantikan Mira dan Emir Junior.

Mira Filzah dan Wan Emir Astar memilih Four Season Resort dan Paradise 101s sebagai destinasi bulan madu mereka.

Malah, mereka juga dilihat mencuba aktiviti laut seperti memberi makan burung helang serta aktiviti snorkling.

Beberapa foto dan video dikongsi oleh pemandu pelancong mereka iaitu Faiz Aizif.

Wan Emir Kena Reject Banyak Kali

Sebelum ini, suami Mira Filzah, Wan Emir Astar pernah mendedahkan pelawaannya telah ditolak beberapa kali oleh pelakon itu pada mulanya.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran untuk menawan hati Mira , Emir tidak pernah berputus asa.

“Saya mula sukakan Mira sejak 2016 dan ketika itu saya hanya cuba DM (mesej peribadi) dia di Instagram ,namun tidak pernah berbalas.

“Sampailah satu hari tu saya pasang niat saya mahu jadikan Mira sebagai isteri dan alhamdulilah dia balas.

“Saya sanggup kena ‘rejected’ dengan Mira banyak kali kerana sekurang-kurangnya saya tidak menyesal mencuba.

“Sampaikan saya pernah mesej ibu Mira sendiri kerana ketika itu saya fikir saya mahu mencuba sehabis mungkin dan tidak kisah pun dimalukan,” katanya.

Emir dan Mira Filzah telah selamat dinikahkan pada 3 September di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.