“Benda itu memang perlu difaraidkan..” Ali Puteh Lega Tuntutan Faraid Selesai

Beberapa hari ini, kisah balu Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh masih lagi menjadi perbualan hangat ketika ini.

Memetik laporan Harian Metro, Siti Norhidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, mengenai tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu.

Syukur sudah selesai, itulah sebaiknya

Sementara itu, Ali Puteh yang merupakan adik kepada Allahyarham Abam Bocey turut dihubungi berkata “Alhamdulillah, syukur sudah selesai. Itulah sebaiknya.”

Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau Ali Puteh ketika dihubungi berkata, perkara itu perlu dibuat mengikut hukum syarak sama seperti yang pernah dinyatakan dalam dua siri video yang dimuat naik sebelum ini.

Orang cakap saya nak halang harta arwah

Jelas Ali, pihaknya tidak pernah cuba menyekat harta peninggalan Allahyarham seperti didakwa segelintir pihak.

“Orang cakap saya nak halang harta arwah. Ya Allah Ya Tuhanku, kalau tengok sidang media saya yang awal dulu dan video terbaru, saya cakap sama saja”.

“Kalau ikut hukum Islam memang itulah sebaiknya dan lebih bagus. Benda itu memang perlu difaraidkan kalau ikut hukum Islam”.

Orang anggap saya yang salah

“Syukur perkara ini sudah selesai. Memang itu yang terbaik. Apabila jadi begini orang anggap saya yang salah,” katanya.

Beliau turut ditanya mengenai status rumah peninggalan Allahyarham, Ali tegas menyatakan ia termasuk dalam faraid.

Ali dan keluarga tidak pernah rebutkan harta Allahyarham

Menurut peguam mewakili Ali, Noorazmir Zakaria dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir berkata, anak guam dan keluarganya tidak pernah rebutkan harta Allahyarham.

“Keputusan mahkamah tadi adalah pengisytiharan faraid siapa yang berhak. Jadi, dalam kes ini yang terbabit adalah balu, anak dan ibu bapa arwah” lapor Harian Metro.

“Dari awal lagi, permohonan yang difailkan balu tidak ada masalah dan tak perlu dipertikaikan”.

Ibu bapa Allahyarham faham bahagian mereka

“Malah, apabila saya terangkan kepada keluarga Ali, mereka tak pertikaikan. Ibu bapa arwah faham bahagian mereka”.

“Cuma, selepas ini kami akan membuat permohonan surat kuasa tadbir untuk membahagikan harta peninggalan arwah dan dibahagikan menurut hukum faraid”.

Dalam proses selesaikan pembahagian harta secara baik

Kita juga dalam proses untuk selesaikan pembahagian harta secara baik. Balu arwah akan dimasukkan kerana dia berhak selaku penjaga sah anak yang masih bawah umur,” katanya.


Selain itu, ditanya mengenai status kereta jenis Toyota Vellfire milik Allahyarham, Noorazmir mengesahkan kereta itu sudah dilelong bank pada 19 Ogos lalu.

Kereta itu sudah dijual dan dilelong

“Apa yang saya maklum, kereta itu sudah dijual dan dilelong. Kereta itu atas nama Allahyarham,” katanya.

Mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan Allahyarham.

Semoga segala salah faham dan perselisihan diantara kedua pihak dapat diselesaikan dengan baik.