Arus Deras Banjir, Lelaki Ini Hanya Mampu Berpaut Pada Pokok

Keadaan banjir dilaporkan semakin buruk di Pantai Timur apabila bilangan mangsa meningkat di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan masing-masing 3,434 orang dan 2,186 orang, setakat 5 petang pada Sabtu.

Namun lebih membimbangkan, banjir yang terjadi ketika ini terutamanya di Terengganu dan Kelantan bukanlah seperti kebiasannya kerana paras air naik ketika bulan Februari.

Ribuan penduduk telah dipindahkan dan ada diantara mereka masih lagi menanti bantuan dek kerana arus deras yang semakin mengganas di sesetengah tempat sehingga bot-bot penyelamat tidak dapat melalui kawasan tersebut.

Hal ini boleh dikaitkan dengan perkongsian oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @megatmey yang memuatnaik satu video di laman TikToknya.

Menerusi video tersebut terlihat seorang lelaki menyelamatkan dirinya dengan berpaut pada pokok kelapa supaya tidak terbawa oleh arus banjir.

Video tular di laman Tiktok:

 

@megatmey #banjirkualaberang ♬ original sound – MegatMey

Mujurlah lelaki itu bertindak cepat dengan berpaut pada pokok dan bot penyelamat segera mendekatinya untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat.

Pada masa yang sama, rata-rata netizen memuji akan sikap lelaki itu yang tetap prihatin akan keadaan orang lain yang mengalami nasib yang sama sepertinya.

Menjengah keruangan komen di TikTok @megatmey, saudara terdekat kepada lelaki yang berpaut pada pokok kelapa tersebut ada meninggalkan komen dengan mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pasukan penyelamat  yang membantu saudaranya daripada dibawa arus deras.

Wanita yang dikenali sebagai Aza itu memberitahu yang sepupunya itu sebenarnya mahu ke rumah ibunya kerana bimbang dengan keadaan ibu. Namun, tidak menyangka yang dia akan terkandas dalam arus yang kuat.

Menerusi perkongsian video itu, rata-rata netizen meninggalkan komen dengan ucapan rasa syukur kerana lelaki tersebut selamat.

Mereka juga menitipkan doa agar bencana banjir yang melanda di Pantai Timur ketika ini akan kembali pulih dan berharap agar mangsa-mangsa banjir akan tetap tabah dan kuat mengharungi ujian daripada Allah S.W.T.


“Semoga dipermudahkan urusan..”

“Semoga semuanya selamat dan tiada kehilangan jiwa, semoga tabah..”

Sumber: TikTok @megatmey