Didakwa Langgar Traffic Light, Rider Rempuh Rider

Penunggang motosikal yang melakukan penghantaran dinasihatkan tidak terlalu mengejar masa sehingga membahayakan keselamatan diri.

Tular satu rakaman video dashcam di Twitter yang melibatkan 2 orang rider penghantar makanan di salah sebuah simpang empat jalan raya di Alam Damai, Cheras baru-baru ini.

Rakaman video yang berdurasi 21 saat itu menunjukkan empat orang rider penghantar makanan dipercayai dalam perjalanan menghantar tempahan pelanggan mereka.

Tiga orang dilihat membelok ke kiri, manakala seorang lagi dilihat cuba mengelak daripada terlanggar rider lain untuk meneruskan perjalanan ke hadapan walaupun pada waktu itu lampu isyarat di persimpangan jalan menunjukkan warna merah.

 

 

Beberapa saat kemudian, datang sebuah rider penghantar makanan dari arah berlainan yang cuba mengejar lampu isyarat hijau, lalu merempuh penunggang motosikal tersebut. Kedua-dua rider itu terjatuh dan terseret sehingga penghadang jalan konkrit yang berada berhampiran.

Sejurus kemalangan tersebut berlaku, datang seorang rider penghantar makanan lain yang ada semasa kejadian tersebut datang memberikan pertolongan kepada kedua-dua penunggang motosikal terbabit.

Kesemua warganet yang menonton video yang tular tersebut memohon agar kesemua rider penghantar makanan akan lebih berhati-hati dan mementingkan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain supaya tidak melanggar lampu merah atau mengejar lampu hijau semasa menghantar tempahan pelanggan.

Berikutan di bawah terdapat beberapa luahan  netizen berkenaan isu ini yang kian berlarutan walaupun sudah banyak banyak kali rakaman kemalangan melibatkan rider penghantar makanan tular di media sosial.

 

Sumber: Twitter @My_CrimeWatch