“Jenis pentingkan diri” Selamba Buka Pintu Kereta Tengah Jalan Raya, Penumpang Vios Ini Undang Kecaman Netizen

Kemalangan adalah satu benda yang kita tidak boleh jangka bahkah ianya boleh berlaku tidak kira waktu dan tempat bak kata pepatah, malang tidak berbau.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana motorsikal yang dinaiki dua orang wanita melanggar kereta Perodua Axia apabila cuba mengelak pintu dibuka oleh kenderaan lain yang ada berhampiran mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video dashcam yang dimuat naik di laman Facebook Dashcam Malaysia, memaparkan tindakan wanita di bahagian penumpang kereta Vios itu menyebabkan motosikal itu melanggar hadapan kereta Axia yang berada di lorong kiri.

Malah kotak yang dipegang oleh pembonceng turut terjatuh di jalan raya ekoran insiden tersebut malah netizen juga hairan mengapa penumpang Vios itu membuka pintu di tengah-tengah jalan raya.

Tindakannya itu bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan malah boleh juga menyebabkan kecederaan atau yang lebih para lagi sehingga meragut nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah

Berikut video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 138K tontonan, 801 komen dan 360 perkongsian di applikasi Facebook.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dengan sikap penumpang Vios yang agak mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keselamatan dan nyawa orang lain.

Bukan itu sahaja, malah netizen juga masih tertanya apakah motif wanita tersebut membuka pintu pada masa yang tidak sesuai dan warganet berharap agar perkara sebigini tidak akan berulang lagi.

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dimana berdepan dengan kemalangan apabila ada pengguna jalan raya yang membuka pintu sesuka hati.

Berikut merupakan komen warga maya:

“pernah kena macam ni sampai patah tulang tangan..”

“4 kali ulang tayang nak cari logic kepada dia bukak pintu tengah jalan”


“pergh jenis buka pintu tak tengok cermin sisi.. main buka je..”