Apple Syarikat Pertama Bernilai USD1 Trillion Di Dunia

Apple Inc. pada hari Khamis telah menjadi syarikat senarai awam US yang pertama bernilai USD$ 1 trilion. Saham Apple naik 2.92 peratus semasa dagangan selepas laporan pendapatan suku ketiga fiskal yang kukuh awal minggu ini ditutup pada USD$ 207.39.

Syarikat Amazon juga telah mengejar di belakang Apple dengan nilai melebihi USD$ 900 bilion dalam nilai pasaran pada bulan Julai. Walaubagaimanapun Apple mempunyai permulaan yang agak awal, dengan nilai USD$ 900 bilion pada bulan November tahun lepas.

Walaupun Apple sering dihimpit dengan kontroversi, terutama sekali pada peranti iPhone mereka, Apple nampaknya seperti tidak tergugat. Buktinya, Apple berjaya muncul sebagai syarikat pertama di dunia dengan nilai pasaran melebihi USD$ 1 trillion(~RM 4.08 trillion).

Apple dikatakan berjaya mencipta kejayaan ini dengan sumbangan daripada prestasi jualan yang memberangsangkan pada suku kedua tahun ini yang berakhir pada bulan Jun 2018.