David Beckham Caj RM1.2 Juta Untuk Satu Gambar Instagram

Di Malaysia instafamous dan selebriti terkenal selalunya membuat duit mudah dengan paid review di instagram. Biasanya caj untuk setiap posting daripada mereka adalah sekitar ratusan RM hinggalah ribuan RM.

Trend paid review ini sebenarnya sudah lama dibuat oleh artis di luar negara. Cuma cara mereka lebih profesional dan memlih produk dan jenama yang benar-benar berkualiti dan well established.

Sebuah laman web analisis Instagram, Hopper telah mengeluarkan senarai Instagram Rich List 2018 dimana David Beckham menerima bayaran sebanyak $300,000 (RM1.2 juta) untuk satu gambar yang ditaja. Beliau berada pada kedudukan ke-12 selepas Khloe Kardashian di dalam senarai itu.

David Beckham mungkin telah lama bersara daripada bola sepak profesional, tetapi bekas pemain Manchester United yang berusia 43 tahun itu masih menjadi kegemaran di kalangan peminatnya.

 

@House99 is gearing up, share your #GameReady looks

A post shared by David Beckham (@davidbeckham) on

David Beckham memiliki hampir 50 juta pengikut di Instagram dimana setakat ini Beckham telah mempromosikan jenama-jenama besar seperti TUDOR Watch, Adidas, PES2019 dan Haig.

Untuk rekod, pendapatan David Beckham daripada syarikatnya DB Venture Limited adalah $19 juta (RM77 juta) setahun. Ini bermakna David Beckham dibayar sekurang-kurangnya RM220,000 sehari!