Masih Dipantau AADK, Mamat Exist Janji Mahu Berubah & Buat Yang Terbaik

Terdahulu, bekas vokalis kumpulan pop rock Exists Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali bin Kamarudin telah ditahan pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakan kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu. Susulan daripada itu, dia telah menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia. Namun, dia telah mendapat kebenaran daripada agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk meneruskan urusan kerjanya.

Terbaharu, kumpulan Exist bakal mengadakan Konsert Resolusi Exists yang bakal diadakan pada 18 November di Zepp, Kuala Lumpur yang bakal menghimpunkan line up terawal Exists iaitu Mamat, Ajai, Musa, Along dan Ujang termasuk dua penyanyi pelapis baharu untuk kumpulan itu, Pasha dan Eiz.

Memetik laporan mStar, dia mendedahkan masih menjalani proses pemantauan dan mengikuti program anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Pun begitu, memadangkan dia semakin menunjukkan perubahan yang positif pemantaun terhadap dirinya tidaklah terlalu ketat.

“Saya masih lagi dalam pemantauan dan mengikuti program yang dianjurkan oleh AADK. Pihak agensi berhubung jadual kerja kerana saya tidak boleh bergerak bebas seperti biasa. Saya pun sebenarnya kalau hendak lari memang tak boleh kerana sebagai selebriti yang dikenali mereka tentu akan tahu keberadaan saya,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Mamat mengakui mahu lebih fokus dalam proses pemulihan kerana dia ingin menjalani kehidupan yang lebih baik seperti orang lain dan sudah mencecah umur 40 tahun.

“Saya sudah berumur 40 tahun lebih. Apa yang saya mahukan adalah menjalani kehidupan dengan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Walau bagaimanapun, Mamat mengatakan dia banyak melakukan latihan vokal serta berlatih untuk berkomunikasi dengan penonton. Dia juga berjani akan memberikan persembahan yang terbaik. Bukan itu sahaja, konsert kali ini Mamat ingin tampil dengan imej sebagai anak seni untuk ditunjukkan kepada peminatnya.

‘”Apabila dimaklumkan untuk mengadakan konsert, saya tidak fikir panjang dan terus bersetuju. Penampilan kali ini juga saya ingin peminat melihat saya sebagai artis, anak seni dan pengkarya.
Saya mahu peminat lihat saya sudah berubah,” ujarnya.