Angelina Jolie Akan Bertanding Presiden Amerika Syarikat?

Angelina Jolie seolah-olah memberikan ‘hint’ atau gambaran bahawa dia mungkin akan menceburi politik dan bertanding untuk menjadi presiden Amerika Syarikat.

Bercakap pada program Today di Radio 4 BBC, Jolie berkata dia akan menolak idea itu pada 20 tahun yang lalu tetapi kini di akan pergi ke mana dia “diperlukan”.

Apabila pengacara program, Justin Webb berkata dia telah meletakkan Jolie pada senarai Demokrat yang mungkin akan bertanding pada tahun 2020, Jolie ketawa dan berkata, “Terima kasih.”

Foto: AP Photo/Claire Thomas

Jolie yang merupakan duta khas untuk agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kempen menentang keganasan seksual, berkata dia akan membuat kerja di belakang tabir buat masa sekarang kerana dia merasakan dia boleh “buat banyak amal tanpa gelaran”.

Jolie berkata kerja beliau sekarang telah memberikan banyak pengalaman yang terbaik kepadanya.

“Saya juga dapat bekerjasama dengan kerajaan, dan saya juga dapat bekerja dengan pihak tentera, dan saya duduk di tempat yang sangat menarik untuk dapat melakukan banyak perkara tanpa sebarang gelaran.” katanya.

Walaubagaimanapun, Jolie juga berkata sikapnya berubah seiring dengan masa.

“Saya tidak tahu jika saya sesuai untuk politik, tetapi saya juga bergurau dengan mengatakan saya tidak tahu sama ada saya mempunyai kerangka yang tersisa di dalam almari saya – saya cukup terbuka dan di luar sana, dan saya bersedia menghadapi sebarang cabaran “katanya.

“Jadi saya akan melakukan apa sahaja yang saya rasa benar-benar boleh membuat perubahan.”

Jolie akan menjadi produser eksekutif sebuah program berita global bahasa Inggeris untuk kanak-kanak yang dikendalikan oleh BBC . Program itu dijangka akan mula ditayangkan pada tahun 2019.

Jolie berkata penting baginya dimana projek itu akan menjadi global dan “membantu golongan muda di negara-negara yang berbeza untuk dihubungkan antara satu sama lain dan memiliki kesedaran dan pemahaman yang lebih tinggi mengenai berita secara antarabangsa.”