“Andai Ini Ramadan Terakhir” Ini Live Kuliah Terakhir Ustaz Abu Hassan Din Malam Tadi

Pagi tadi, kita dikejutkan dengan pemergian bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz.

Allahyarham telah menghadap Ilahi selepas terjatuh ketika bangun untuk menunaikan solat subuh, menurut anak lelakinya, Mohamad Yusri Abu Hassan.

“Subuh tadi, beliau bangun untuk menunaikan solat subuh. Ketika ingin memakai seluar, beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri. Pasukan perubatan yang datang dengan ambulans, cuba melakukan bantuan penafasan kecemasan (CPR) bermula dari rumah hingga dalam perjalanan ke hospital”

Walaubagaimanapun setelah hampir satu jam melakukan CPR, Allahyarham tidak memberikan sebarang reaksi dan doktor telah mengesahkan pemergian beliau, kata Yusri.

Beliau juga berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah di Kampung Batu Muda dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dimandi dan dikafankan di Masjid Saidina Hamzah dan akan melakukan pengebumian sebelum solat Zohor.

Allahyarham Ustaz Abu Hassan Din adalah adik kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Malam tadi, Allahyarham sempat memberikan Kuliah Maghrib Khas di Seremban yang bertajuk “Andainya Ini Ramadan Terakhir”.

https://www.facebook.com/Audiokuliah/videos/805645726480402/