Tiada Lagi 3 Beradik Tokoh Ulamak, Padam Sudah Cahaya Permata Ummah

Jika tiga tahun lepas, kita dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh ulamak terkenal iaitu Datuk Dr. Ustaz Haron Din dan Ustaz Ishak Din, hari ini sekali lagi kita bersedih dengan kehilangan seorang lagi ulamak tersohor, Datuk Haji Abu Hassan Din.

Ditemui rebah tidak sedarkan diri ketika hendak menunaikan solat subuh, Allahyarham Datuk Haji Abu Hassan Din telah kembali ke ramatullah pada pagi subuh tadi.

Jutaan ucapan takziah dan sedekah Al Fatihah telah diberikan atas pemergian insan yang mulia ini, termasuklah daripada Datuk Seri Haji Abdul Awang, Datuk Seri Najib Razak dan juga Tun Mahathir Mohamed.

Ternyata, pemergian beliau ini disifatkan sebagai kehilangan besar kepada negara kita.

Sebelum ini, abang kepada Allahyarham iaitu Ustaz Haron Din dan Ustaz Ishak Din telah terlebih dahulu menemui pencipta pada tahun 2016.

Kini, kehilangan ketiga-tiga legasi tiga beradik pendakwah semestinya merupakan kehilangan besar buat umat Islam terutamanya rakyat Malaysia.

Kesedihan ini turut dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, yang telah mencoretkan nukilan untuk tiga beradik ulamak ini.

Padam Sudah Cahaya Permata Ummah


3 beradik tokoh ulamak negara kita telah pergi menghadap ilahi . Seluruh ummah telah menyaksikan jasa mereka dalam mendidik masyarakat dari muda sampai tutup usia .

1. Tuan Guru Haji Ishak Din
2. Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
3. Tuan Guru Dato’ Seri Abu Hassan Din al Hafiz

Moga Allah Taala pelihara roh mereka bertiga dan menempatkan mereka di dalam kalangan yang mendapat Syurga Tertinggi ..

https://www.facebook.com/tengku.yusuff/posts/2545743065436337