Anda Sudah Boleh Mula Tempah Tiket Wayang Avengers: Endgame Sekarang!

Berita baik buat semua peminat filem Marvel, semua panggung wayang utama Malaysia sudah mengumumkan di laman media sosial masing-masing bahawa tiket filem Marvel Avengers: Endgame sudah boleh ditempah melalui atas talian sejak semalam.

Di antara panggung wayang yang terlibat termasuklah MCAT Box Office (MBO), Golden Screen Cinema (GSC) dan Tanjong Golden Cinema (TGV).


Pastinya semua peminat Marvel Cinematic Universe (MCU)  tidak sabar untuk menonton filem yang paling dinantikan seluruh dunia.

Baca: Aquaman Kutip Lebih USD1 Bilion Selepas 22 Hari, Tahniah James Wan!

Sambungan daripada Avengers: Infinity Wars ini dikatakan amat menarik dengan kemunculan pertama Captain Marvel bersama team Avengers untuk menentang Thanos.

Sebelum ini, filem Avengers: Infinity Wars  berjaya mengutip keuntungan sehingga $2.048 billion dan menjadikan filem ini satu-satunya filem adiwira yang berjaya mengutip paling banyak keuntungan.

Marvel juga turut mengesahkan di mana filem Avengers: Endgame kali ini mempunyai durasi paling lama pernah diterbitkan dalam sejarah MCU iaitu selama 3 jam 2 minit.

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat tempah tiket anda sekarang!