Pelakon terkenal dari Ipoh, Tan Sri Michelle Yeoh telah mengesahkan di mana beliau akan membintangi sekuel filem Avatar.

Filem yang akan memulakan pembikinannya dalam masa terdekat ini dijangka mula ditayangkan pada tahun 2020.

Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh Michelle menerusi laman Instagram miliknya semalam.

“I am very very excited to be part of “Avatar” franchise and can’t wait to work with legendary James Cameron soon. “Throughout her career, Michelle has always created unique and memorable characters,” Cameron said. “I look forward to working with Michelle to do the same thing on the ‘Avatar’ sequels.”

Melalui perkongsian tersebut, Michelle yang terkenal menerusi filem Wing Chun itu turut berkongsi kata-kata yang pernah diungkapkan Cameron terhadapnya.

“Sepanjang kariernya, Michelle berjaya mencipta karakter yang unik dan sentiasa diingati dalam lakonan.

“Saya tidak sabar untuk bekerja dengannya dan melakukan hal serupa dalam sekuel Avatar,” kata Cameron.

Malah Instagram rasmi filem Avatar juga telah mengumumkan Mchelle sebagai pelakon yang akan membawa watak Dr. Karina Mogue di dalam Avatar 2.

Casting announcement! Michelle Yeoh has been cast in the Avatar sequels as scientist Dr. Karina Mogue. 

Michelle Yeoh sebelum ini membintangi filem Crazy Rich Asian dan siri Star Trek Discovery.


Michelle Yeoh juga pernah membintangi filem-filem popular yang lain seperti:

  1. James Bond: Tomorrow never Dies
  2. Police Story 3
  3. Wing Chun
  4. Kung Fu Panda 2
  5. Crazy Rich Asians
"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.