Anak Murid Nak Pakai Tudung Sendiri, Reaksi Cikgu Pening Lihat Hasilnya Buat Ramai Terhibur

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Bukan itu sahaja, semakin mereka membesar, semakin tinggi keinginan mereka untuk membuat sesuatu perkara sedniri tanpa pertolongan orang lain seperti makan sendiri, memilih pakaian yang mereka suka dan memakai pakaian dengan sendiri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak ingin memekai tudung dengan sendiri tanpa pertolongan gurunya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seornag pengguna TikTok iaitu @nuratikahshah, kelihatan seorang wanita yang juga seorang guru sedang berada di tadika yang diajarnya.

Namun apa yang membuatkan guru tersebut terhibur adalah, salah seorang muridnya yang mesra disapa Pia tidak mahu dibetulkan tudung yang dipakainya.

Bukan itu sahaja, tudung kanak-kanak itu dilihat senget benget, tetapi dia tidak menghiraukannya kerana dia mahu memakainya sendiri.

@nuratikahshah Cikgu penat la pia😭😭😂 #fypシ゚viral #masukberandafyp #tolongfyp ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

@nuratikahshah Balas kepada @_babyluna_11 ♬ bunyi asal – Nur atikah Shah

Ketika artikel ini ditulis video tersbeut telah meraih 1.8M tontonan, 155.5K tanda suka, 4639 komen dan 4951 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di rungan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan telatah murid ini kerana enggan dibantu ketika memakai tudun sehingga ianya kelihatan senget benget siap nametag pun terletak di atas kepala.

“Dia jenis berdikari semua nak buat sendiri tapi kelakar” – Netizen

Malah dalam masa yang sama para netzen juga sepat berseloroh mengatakan budak perempuan tersebut sengaja memakai tudung terbalik agar lebih memudahkan gurunya untuk melihat namanya yang berada di atas kepala itu.

Berikut merupakan komen warga maya:

“sebenarnya adik ni mengajar kita sesuatu.. boleh pakai tudung terbalik asalkan konfiden”

“but still cute..”

“tak payah susah2 nak tunduk tengok nama cikgu, dari atas dah nampak”