Anak ‘Konfius’ Muka Lelaki Ini Seiras Ayahnya, Gelagat Siap Berpaut Pada Kaki Buat Netizen Terhibur

Seringkali kita lihat di media sosial dimana ada yang berkongsi pengalaman mengenakan pakaian yang sama. Manakan tidak, dalam banyak banyak baju yang ada, tersama lah pula dengan orang lain! Lucu ada, malu pun ada.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini, bukan sahaja memakai baju yang seakan sama malah muka mereka pun sangat mirip sekali mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @milzan97 & @babahnadeen, dapat kita lihat kedua-dua lelaki yang tidak mengenali antara satu sama lain ini berada di sebuah supermarket untuk membeli barang keperluan.

Mereka bagaimana pun terserempak dan apa yang lebih lucu adalah kedua-duanya memakai baju yang lebih kurang sama berwarna hitam, memakai mask berwarna hitam dan juga ‘style’ rambut yang agak sama.

Bukan itu sahaja, anaknya juga ‘tersalah’ ayah sehinggakan berpaut pada kaki lelaki yang tidak dikenali.

Selepas ditegur itu bukanlah ayahnya, barulah dia melepaskan pautan tersebut namun masih dalam keadaan terpinga-pinga.


Jika diimbas, memang seiras, cuma bentuk badan salah seorang yang agak berisi dan ketinggian sahaja membezakan mereka.

Tidak cukup dengan itu, salah seorang daripada mereka juga sempat membuat video berseloroh mengatakan mujurlah anak yang tersalah bapa, kalau isteri yang tersalah suami lagi rumit jadinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat video tersebut malah ada yang akui rupa mereka sangat seiras apatah lagi bila memakai pakaian yang seakan sama.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing dimana pernah terserempak dengan orang yang memakai baju sama ataupun rupa yang sangat mirip sehingga anak boleh konfius.

Antara komen netizen:

“betul2 keliru budak tu”

“try cek bang mana tahu masa kecik lahir kembar tapi nurse lupa nak bagitau”


“pernah bercinta dengan kembar.. aku tak tahu mana satu bf aku so aku minta break”


Video yang tular di laman TikTok:

@milzan97 Tdi jln2 d Mydin Sandakan. Riuh anak3 bgtaw umie muka pacik tue sama muka abah dOrg.. tpi pacik tue gemuk sikit dri abah kunun 🤭 Smpai Zaheen pun sngka ‘pacik’ tue abahnya. D peluk nya bah kaki ‘pacik’ tue 😂😂😂 bru umie taw, rupanya ‘kembar cek asben’ tue tiktOkers @babahnadeen 🤭@pekapunk ♬ original sound milzan97

@babahnadeen Macam2 hal 🤣 . #padapadahandal #celahbedah #fyp #tiktoksabahan #sabahancrew_fams ♬ original sound – Babah Nadeen