Hilang 9Kg Hanya Dalam 10 Hari Pantang, Instafamous Ini Mahu Turun Hingga 50Kg!

Usahawan cantik dan juga Instafamous, Siti Syasya Rosaelmi ataupun lebih popular dengan nama Asyalliee baru saja selamat melahirkan anak baru-baru ini.

Namun apa yang menarik perhatian para peminat adalah satu perkongsian dia di Instagram di mana Asyalliee mampu menurukan berat badan 9Kg hanya dalam tempon 10 hari berpantang.

Malah dia juga menetapkan target untuk mencapai berat 50Kg apabila tamat masa berpantang nanti.

“Hari ni dah masuk ke 10 hari berpantang tapi saya sudah berjaya turun 9kg  Mana tidaknya, setiap hari saya berurut, bertungku, bersauna, mandi herba, makan makanan yang sihat sihat sahaja and pakai bengkung . Thank you to my CL kak ida dari @natalismothercare yang menjaga saya . Ada 34 hari lagi untuk berpantang, maknanya boleh la dapat berat 50kg balik ni  #Nakpergihospital”

Rata-rata netizen terkejut dengan perkongsiannya itu dan memuji usaha yang dilakukan oleh Asyalliee.

Sebelum ini Asyalliee ada berkongsi saat-saat mengandung hinggalah ketika hampir melahirkan anaknya di laman Instagram.

“NEW VLOG : My labor & delivery story. Full video dekat youtube . Tekan link dekat bio asya.

Masa ni tengah melayan contraction , tup tup masuk labour room dah 8cm  hahaha pecah air ketuban terus tudung hilang habis mommy macam orang gila dah.

Kalau dah tengok komen done dekat bawah ok”

 

Bagi yang tidak mengenali, Asyalliee merupakan Instafamous yang mula dikenali apabila aksi video Asyalli “macam cantik je, macam comel je” menjadi viral.