“Boleh praktis skateboard” Bina Tambak Berlebihan Sampai Ganggu Laluan, Tindakan Penghuni Rumah Ini Cetus Perdebatan Netizen

Sikap tolak ansur dan prihatin antara satu sama lain dalam hidup berjiran haruslah diamalkan agar keharmonian hidup berjiran dapat dicapai.

Iospital phone repair gombak

Walaupun tampak mudah sahaja untuk mengamalkannya, akan tetapi realitinya bukan semua orang mampu bersikap sedemikian kerana hanya mementingkan dirinya sendiri.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di laman Facebook mengenai sebuah rumah yang mempunyai tambak tambahan di bahagian luar pagar dan dibina dengan begitu tinggi.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di Grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, tambak tambahan itu dibina dengan begitu tinggi sehinggakan menghalang laluan penduduk lain yang menetap di kawasan tersebut.

Difahamkan, tambak tambahan yang dibuat di pagar laluan utama untuk keluar dan masuk ke kediaman menimbulkan masalah dengan membuatkan jalan menjadi sempit.

Walaupun tambak tambahan itu dibina atas dasar memudahkan pemilik rumah tersebut, akan tetapi tindakannya itu mencetuskan masalah dalam kalangan jiran-jiran di sekelilingnya.

Kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah taman perumahan yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai meluahkan perasaan marah terhadap pemilik atau penghuni rumah tersebut kerana tindakannya itu sudah jelas mengganggu dan membahayakan pengguna jalan raya di kawasan itu.

Bagaimanapun, ada individu berpendapat bahawa ‘okay sahaja’ dan tiada salah pun jika tambak tambahan itu dibina kerana tidak mengganggu jalan raya utama sekalipun.

Antara komen netizen:

“Tajuk mastika: Kubur sempit kerana “makan jalan”

“Ini kalau tengah malam tak nampak, boleh jadi sarkis motor ngan kereta yang lalu kat situ.”


“Cilaka punyer jiran. Pasang perangkap accident ditengah jalan. Jika ade yg accident & kerosakkan kenderaan stand by lah surat saman. Semoga nyenyak tido lah owner rumah.”

“Laluan dia mcm bkn laluan utama 🤔 jadi bagi aku tk ganggu pun lalu lintas”

“Ape masalahnya kat sini? Tgk okey jeee. Problem betul la bipoti ni. Semua nak dengki. Patutlah masih dalam level bipoti. Dengki & viral tak habis2🤪”

Hantaran Facebook yang tular: KLIK SINI