[VIDEO] Disangka Suara Merdu, Rupanya Uyaina Arshad Penyamar, Suara Sebenar Jadi Perhatian

Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad atau lebih dikenali sebagain Uyaina Arshad merupakan seorang pelakon, model dan pengacara.

Pengacara jelita bukanlah nama baru dalam industri hiburan tanah air. Malah, beliau merupakan seorang selebriti yang serba boleh yang semakin mendapat perhatian ramai.

Berjaya membawakan watak dengan baik

Sebelum ini, drama yang dilakonkan olehnya telah mendapat respon yang luar biasa daripada peminat dalam drama tanah air.

Drama yang berjudul Jujurlah Nikahi Aku memperlihatkan watak yang berbeza dari kebiasaan yang beliau bawa sehingga berjaya menyentuh hati peminat drama tempatan.

1.4 juta pengikut di laman Instagram

Beliau juga merupakan seorang selebriti ini sentiasa menjadi perhatian peminat dan pengikut.

Melihat akaun Instagram pelakon cantik manis ini, Uyaina Arshad mempunyai 1.4 juta pengikut.

 

View this post on Instagram

 

Snapchat filter is next level 😅

A post shared by UA (@uyainaarshad) on

 

Peminat perlu meneka beliau penyanyi sebenar atau penyamar suara sumbang 

Malah ketika musim kuarantin ini, Uyaina Arshad sering menghiburkan pengikutnya dengan berkongsi aktiviti dilakukan olehnya.

Posting terbaru beliau, satu teka-teki dilakukan olehnya bagi berkongsi aktiviti di minggu kelima kuarantin ini mencuri tumpuan ramai apabila dia memuat naik video menyanyi.

Ramai yang teka suara Uyaina merdu

Namun begitu, selebriti ini mahu peminat dan pengikut meneka adakah dia merupakan penyanyi sebenar atau penyamar bersuara sumbang.

Lalu, pelakon cantik ini telah memuat naik satu video di laman Instagram untuk peminatnya meneka samada itu adalah suara beliau atau tidak.

Ramai yang tertarik dan turut serta meneka suara merdu dalam video itu merupakan suara Uyaina Arshad yang sebenar dan ada juga yang berpendapat sebaliknya.

Rupanya beliau adalah penyamar suara sumbang

Setelah itu, beliau berkongsi pula video kedua bahawa itu bukanlah suaranya namun dia hanyalah penyamar bersuara sumbang

Pada masa yang sama, dia turut mengingatkan akan rancangan I Can See Your Voice musim ketiga dimana malam tadi merupakan episod terakhir.

Menerusi ruangan komen pula, meskipun video nyanyian yang pertama bukan suaranya namun melihat video kedua dikongsikan, netizen berpendapat suaranya sedap didengar.

Uyaina telah dinobatkan sebagai juara Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3 dan terkenal sebagai pengacara Nona pada tahun 2016 dan 2017.