“Ambil je, free tak kira bangsa atau agama.” Ebit Lew Sediakan ‘Food Bank’ Bagi Yang Memerlukan

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew antara salah seorang individu yang rajin turun padang menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

FoodBank disediakan untuk mereka yang memerlukan

Beliau telah berjaya membuka 10 cawangan pasar mini Elewsmart di sekitar Lembah Klang, Selangor.

Pada kali ini pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membuka FoodBank di setiap cawangan berkenaan.

Semua yang memerlukan tidak kira bangsa dan agama

Menerusi Facebook Ustaz Ebit Lew, beliau turut memberitahu FoodBank tersebut dikhaskan buat individu yang memerlukan, tidak kira bangsa dan agama.

FoodBank di semua cawangan Elewsmart

“Doakan yer, FoodBank di semua cawangan Elewsmart ini menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu”.

“Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka elewsmart. Ingin cawangan elewsmart di setiap tempat” tulisnya.

Buat mereka yang ingin memberi boleh juga

“Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama”.

“Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini”.

Saya dulu selalu tiada duit nak makan

“Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah”.

“Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi”.

Kami akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu

“Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya”.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong niat baik pendakwah bebas itu dan mengharapkan golongan yang memerlukan dapat dibantu.