“Air tak payah bayar, kat akhirat haus sy minum,” Jual Jemput-jemput 10 Sen, Amal Pakcik Ini Sentuh Hati Netizen

Kisah Pak Mail yang menjual jemput-jemput 10 sen pernah tular di media sosial sebelum ini.

Walaupun sudah berusia emas, Pak Mail masih meneruskan minat berniaga pelbagai jenis jemput-jemput  di Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, Kluang, Johor.

Pelbagai jenis jemput-jemput dijual disitu dan Pak Mail tetap meneruskan minatnya meniaga jemput-jemput walaupun dilarang anak-anak.

Pelbagai jenis jemput-jemput dijual dengan harga 10 sen sebiji

Pak Mail menjadi buah mulut orang ramai dan menyentuh hati rakyat Malaysia apabila beliau sanggup keluarkan duit simpanan untuk bantu mereka yang terjejas serta berniaga untuk bersedekah.

Pelbagai jenis jemput-jemput daripada pelbagai buah antaranya nangka, betik, jagung, nenas, tembikai susu dan sayur dan kesemuanya sehingga kini masih dijual dengan harga 10 sen sebiji.

Pelanggan berpuas hati dengan jemput-jemput Pak Mail yang sedap

Menerusi rakaman video oleh FS Channel, rata-rata pengunjung yang membeli merupakan pelanggan tetap Pak Mail dan berpuas hati dengan jemput-jemput Pak Mail yang sedap.

Akfit berniaga untuk mengisi masa lapang

Walaupun telah berumur 74 Tahun, Pak Mail aktif berniaga untuk mengisi masa lapang beliau

Berkongsi mengenai gerai jemput-jemputnya, Pak Mail mampu menjual 2,000 ketul jemput-jemput sehari.

Jemput-jemput percuma ketika Ramadhan

Pada bulan Ramadan, jemput-jemput akan diberikan secara percuma sahaja kepada orang ramai.

Andai kata anda berpeluang ke Kluang, Johor tetapi tidak singgah ke gerai Pak Mail ni memang rugi.

Bertapa mulia hati warga emas ini berkongsi rezeki

Dia telah melakukan perkara tersebut selama lima Ramadhan berturut-turut. Bertapa mula hati warga emas ini dalam mencari keredhaaNya.

Semoga Pak Mail terus diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan amalan berniaga sambil bersedekah dan berkongsi rezeki bersama-sama.