“Alhamdulilah Syukur KurniaanMu” 7 Tahun Menanti, Danny X-Factor Akhirnya Bergelar Bapa

Penyanyi yang pernaah terkenal satu ketika dahulu dengan kumpulan X-Factor, Danny akhirnya bergelar bapa apabila isterinya, Zaidatul selamat melahirkan bayi lelaki pada hari ini.

Di dalam satu posting di Instagram, Danny memuatnaik foto bayi lelakinya dengan ucapan syukur ke hadrat Ilahi.

“Alhamdulilah Syukur Diatas kurniaanmu Ya Allah SWT… terima kasih kepada yang mendoakan keatas isteri dan ank lelaki pertama kami Tepat Jam 1115am .. 28022019 Khamis .. lahirnya Putera kami . yeayy Now my new tittle Papa Dada ayah daddy pokmu .. Terima kasih .. Atuknya Tengah Azan .. #1stbaby #itsaboy #khamis #28022019 #myhero “

Danny dan isterinya sebelum ini menunggu 7 tahun untuk mendapatkan cahaya mata yang pertama mereka.

Danny menganggap kehamilan isterinya, Zaidatul selepas tujuh tahun berkahwin adalah anugerah yang dinanti-nantikan.

Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa berkata dia berasa bersyukur atas kurniaan Allah kali kedua selepas isterinya pernah mengalami keguguran beberapa tahun lepas.

“Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti menantikan saat dikurniakan rezeki zuriat dan begitu juga saya serta isteri.”

Rata-rata para peminat mengucapkan tahniah dan gembira dengan perkhabaran berita tersebut.

Malah, rakan artis turut meninggalkan komen dan mengucapkan tahniah kepada Danny dan keluarga.

Tahniah buat Danny dan isteri. Selamat menjalani kehidupan baru sebagai ibu bapa.