3 Anak Nyaris Dibawa Lari, Ibu Dakwa Hanya Tinggal Sebentar Dalam Kereta Nak Beli Sarapan Kerana Hujan

Sejak kebelakangan ini, kes culik menjadi-jadi dan semakin berleluasa sekaligus mencetuskan kebimbangan ramai susulan pelbagai cerita yang tular dimedia sosial.
Iospital phone repair gombak
Ada yang hampir diculik malah ada juga yang telah diculik dan akhirnya dijumpai tanpa organ dalaman. Memang mengerikan!

Terbaru, tular sebuah video dimana ketiga-tiga anak wanita ini hampir dibawa lari orang yang tidak dikenali mencuri perhatian ramai.

Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebut, difahamkan situasi berlaku di berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 9, Telok Panglima Garang.


Berdasarkan laporan polis, si Ibu meninggalkan ketiga-tiga anaknya di dalam kereta untuk membeli sarapan kerana keadaan cuaca yang hujan pada ketika itu.

“Ketika saya berada di kedai makan tersebut, saya terlihat sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hitam (nombor pendaftaran tidak pasti) telah memandu dalam keadaan perlahan dan telah berhenti di bahagian belakang kereta saya.”

Wanita tersebut turut mendakwa seorang lelaki yang keluar daripada kereta berwarna hitam tersebut mendekati Kereta Nissan Almera miliknya dan berdiri di sebelah pintu serta melihat keadaan di dalam kereta melalui tingkap.

“Saya terus berlari ke arah kenderaan dan bertanyakan kepadanya kenapa menghampiri kenderaan saya dan beliau beritahu yang pintu kereta saya tidak rapat. Pintu tersebut tidak rapat kerana mengalami kerosakan. Apabila saya menyoalnya, lelaki tersebut terus berlalu pergi dan masuk ke dalam keretanya dan terus beredar.”

“Saya terus berlari ke arah kenderaan dan bertanyakan kepadanya kenapa menghampiri kenderaan saya dan beliau beritahu yang pintu kereta saya tidak rapat. Pintu tersebut tidak rapat kerana mengalami kerosakan. Apabila saya menyoalnya, lelaki tersebut terus berlalu pergi dan masuk ke dalam keretanya dan terus beredar.”

Mendengar ‘slang’ percakapan lelaki tersebut, wanita ini mengesyaki mungkin dia warga Indonesia dan laporan polis yang dibuat untuk tujuan keselamatan diri dan anak-anaknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersyukur dan menghembuskan nafas lega apabila tiada perkara buruk yang berlaku.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar ibu bapa lebih peka dengan keadaan sekeliling apatah lagi banyak kes yang tidak diingini berlaku pada masa kini.

Antara komen warga maya:

“MasyaAllah nasib baik tak jadi apa2..”


“Makin kerap pulak cubaan menculik da kes culik seminggu dua ni..”

“Lepas ni ibu/bapa kene lebih berhati-hati”


Video yang tular di laman Facebook: