“Saya block sahaja akaun itu..” Aishah Akui Sekat Instagram Siti Nurhaliza

Beberapa hari lepas, penyanyi legenda, Aishah diberi tanggungjawab untuk membawa lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal oleh Dato Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) lalu.

Ternyata persembahannya telah mendapat pujian ramai malah beliau juga dikatakan memberi saingan sengit kepada Ernie Zakri untuk Anugerah Vokal Terbaik pada malam itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Walau bagaimanapun, nama Aishah kembali menjadi bualan hangat warganet di Twitter apabila beliau dikatakan telah menyekat akaun Instagram TokTi.

Aishah bagaimanapun akui akan tindakannya itu dan menjelaskan bahawa ia berlaku dengan secara tidak sengaja.

Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu itu berkata, beliau tidak tahu bahawa akaun yang disekatnya itu adalah kepunyaan TokTi.

Difahamkan kejadian itu bermula semasa sesi separuh akhir Muzik-Muzik 35 apabila dia telah menerima pelbagai kutukan dan kecaman daripada warganet di Instagram miliknya.

Akibat tidak mahu komen negatif itu memakan dirinya, Aishah mengambil keputusan untuk menyekat semua akaun Instagram tersebut.

Aishah kemudiannya menyedari kejadian itu apabila seorang pengikutnya memberi mesej di Instagram miliknya supaya tidak menyekat akaun TokTi lagi dan barulah dia perasan bahawa dia sebenarnya sudah tersalah dan sekat akaun Instagram TokTi tanpa sengaja.

Aishah menambah, beliau rasakan kecuaiannya mungkin berpunca daripada kekeliruan yang dialaminya apabila terlalu ramai tag nama seakan “SITI” di komen dan akibat tidak tahan membaca kritikan dan kecaman, Aishah terus menyekat akaun yang ada di ruangan komen itu.

Aishah menegaskan beliau sudah tidak lagi menyekat akaun Siti sejurus selepas beliau menyedari perkara berkenaan.

“Bermulanya masa separuh akhir tempoh hari. Saya ada terbaca dalam ruangan Instagram Siti orang kutuk saya berbakul-bakul. Jadi, saya block sahaja.

“Senang cerita, nak buat apa pening kepala abila dalam Instagram itu ramai yang hentam kita,” katanya sebentar tadi melalui pesanan di WhatsApp.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu, ketika AJL35 makin dekat, baru dia perasan akaun Siti disekat secara tidak sengaja.

“Dah dekat nak AJL baru saya perasan ada netizen Direct Messege (DM) kata, ‘janganlah block Siti’ macam itu. Saya periksa betul-betul baru memang ter-block akaun Instagram Siti.

“Tapi saya tahu berpuncanya dari netizen ‘tag’ nama saya dan apabila saya baca masa itu, orang terus hentam saya dengan kritikan mereka, saya pun block akaun tersebut. Saya pun keliru sebab banyak sangat Instagram nama beliau (Siti),” jelasnya.

Walau apapun, pada malam AJL35, Aishah telah membawa lagu Aku Bidadari Syurgamu itu dengan sangat indah dan ia telah mendapat pujian pelantun asal lagu tersebut.

Pastinya ia bukanlah satu tugas yang mudah, namun Aishah berjaya membawanya dengan cara tersendiri.