Cemerlang Jenama Kepimpinan 2020, Dr Noor Hisham dan KKM Terima Anugerah BrandLaureate

Usaha Malaysia menangani pandemik Covid-19 mendapat pengiktirafan dunia apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerima anugerah daripada Yayasan Jenama Dunia (The World Brands Foundation).

Dr Noor Hisham menerima Anugerah BrandLaureate – Kecemerlangan Jenama Kepimpinan 2020, manakala KKM diiktiraf sebagai penerima Anugerah BrandLaureate – Sijil Pengiktirafan dan Penghargaan.

Menerusi perkongsian beliau di dalam satu catatan di Facebooknya hari ini, Dr Noor Hisham dengan rendah diri menerima anugerah berkenaan.

Menurutnya, beliau bagi pihak barisan hadapan dan mereka yang bekerja di belakang tabir mengucapkan terima kasih kepada pertubuhan antarabangsa itu.

“Kedua-dua anugerah ini mencerminkan dedikasi, komitmen, pengorbanan dan ketahanan setiap individu di KKM serta pelbagai agensi lain untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

“Kami sudah menghadapi banyak cabaran dan rintangan ketika wabak Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini namun kami berjaya mengatasinya bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata, belum pernah ada kerajaan dan masyarakat bekerja bersama untuk kesihatan awam sehingga menjadikan setiap sektor adalah sektor kesihatan dan realitinya ia kini dapat dicontohi orang lain.

“Terima kasih kepada rakyat atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada barisan hadapan serta pihak berkuasa sepanjang masa yang mencabar ini.

“Marilah kita terus memastikan negara tercinta kita menang dalam perang ini melawan musuh yang tidak kelihatan.”

“On behalf of all frontliners and those who have worked behind the scenes, I wish to convey our deepest gratitude and thanks to The World Brands Foundation for the recognition bestowed upon the Ministry of Health as the winner of The BrandLaureate Award – ”Certificate of Recognition and Appreciation”.

“I also with deep humility humbly accept the BrandLaureate Awards for “Outstanding BrandLeadership Award 2020”.

“Both of these awards reflect the dedication, commitment, sacrifice and resilience of every individual in the Ministry of Health and various agencies to provide the best healthcare service for the Rakyat and nation.

“We have faced many challenges and obstacles during this unprecedented COVID-19 pandemic. Nevertheless, we have managed to overcome them all together as one.

“Never before have we seen the whole of government machinery and society work seamlessly hand in hand for the sake of public health, thus making the tagline ”Every sector is a health sector” a reality which others can now emulate.

“Thank you to the Rakyat for the patience and cooperation you have given to the frontliners and authorities throughout this challenging time. Let us continue to ensure our beloved nation emerge victorious in this war against an invisible enemy.

“Kita jaga kita, Kita jaga keluarga kita, Kita jaga komuniti kita, Kita jaga Negara kita.”