Adik Ikhlas Datang Hantar Makanan, Abang Pula ‘Cari Pasal’ Buat Ramai Terhibur

Dalam ramai-ramai adik beradik pasti akan ada seorang ‘joker‘ yang sering menghiburkan adik beradik yang lain mahupun ibu bapanya sendiri.

Bukan itu sahaja, ada pula yang sengaja suka cari pasal dengan adik beradik yang lain. Bukan niat nak bergaduh, tapi sengaja niat ingin mengusik.

Begitulah gelagat si adik dan si abang ini yang membuatkan ramai terhibur dengan reaksi yang diberikan abang kepada si adik.

Dalam video yang dimuat naik oleh gadis bernama Masitah Al Yan di TikTok memaparkan dia sedang menghantar bekal makanan kepada abangnya yang sedang bekerja di sebuah restoran fast food.

Sedang dia menunggu abangnya di atas motor untuk mengambil makanan tersebut, reaksi abangnya yang mengambil makanan daripadanya pula mencuri perhatian ramai terutama sekali kaum abang.

Mana taknya, si adik datang baik-baik nak bagi dia makanan, dia pula berseloroh pura-pura marah kepada adiknya. Bukan sahaja sengaja cari pasal, malah dia sempat memarahi adiknya itu kerana merakam dirinya sebelum beredar pergi dan menyambung kerjanya.

Disebabkan tak puas hati dengan abangnya itu tadi, Masitah mengusik abangnya kerana langsung tidak mengucapkan terima kasih atas jasanya yang sanggup membawa makanan kepada si abang namun langsung tak diendahkannya.

Malah abangnya siap buat hand sign untuk si adik balik! Netizen berdekah melihat gelagat adik beradik itu. Mereka juga mengaku boleh relate dengan situasi yang dihadapi mereka kerana adik beradik mereka juga dikatakan 2×5 sahaja dengan perangai abang Masitah ini.

Kini, video tersebut tular dengan mengumpul hampir satu juta kali tontonan dan 55.8 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@masitah_alyan Sejenis abg tak guna memang mcm ni 😂 gurau adik beradik.. #fyp #siblinggoals ♬ original sound – Masitah Al Yan

Melihat ke ruangan komen, kaum abang terutama sekali mengatakan sebenarnya usik-usik itulah tanda sayangnya si abang kepada adik. Selain itu, mereka suka melihat hubungan antara Masitah dan abangnya.

Antara komen-komen menarik yang diberikan netizen di TikTok

“aku sebagai seorang abg sebenarnya itu tandanya abg dia sayang dia sangat2.”

“nmpk abg mcm xde perasaan kn?? cer korg kacau adik diaa.. hahahaa!! tgok spe yg mengamukk dulu🤣🤣”


“Comel je korang hahak..”