“Banyak protein” Beli Corndog Ingat Ada ‘Cheese’, Lain Macam Sekali Dapat Inti Tempe Buat Ramai Terhibur!

Seperti yang kita tahu, antara makanan Korea popular yang menjadi kegemaran orang ramai ialah ‘corndog’ yang merupakan snek digoreng bersama tepung dan inti sosej.

Iospital phone repair gombak

Menu corndog ini mempunyai pelbagai jenis, antaranya inti sosej sahaja, inti sosej dibalut dengan sekepiung cheese cheddar, inti sosej bersama dengan cheese mozzarella, dan hanya inti mozzarella sahaja.

Kebiasaannya menu yang menjadi pilihan ramai ialah corndog yang mempunyai inti mozarella kerana kejunya boleh ditarik panjang apabila digigit.

Namun lain pula dengan nasib seorang pelanggan ini, di mana dia membeli satu corndog dengan harapan dapat menikmati inti sosej dan keju yang enak.

Akan tetapi apa yang diterimanya hanyalah corndog berintikan tempe sahaja, bukannya ‘cheese’ seperti biasa.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bijarzxx di laman TikTok itu, kedengaran suaranya tidak puas hati apabila corndog yang telah digigit separuh itu hanya berintikan tempe semata-mata.

“Udah beli corndog, dalamannya tempe anj**,” luahnya bengang.

Kelihatan bengang dengan corndog yang melawan hukum alam itu, terus dicampaknya corndog itu ke dalam plastik makanan lain.

“Corndog dalamannya tempe sia*,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang tular itu.

Difahamkan video tersebut baru sahaja dimuat naik sehari yang lalu, akan tetapi telah berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga mencecah jutaan tontonan.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 3.6M tontonan, 321.8K tanda suka, dan 14.4K komen di laman platform sosial berkenaan.

Apabila menjengah di ruangan komen, orang ramai berasa terhibur melihat situasi tersebut kerana tidak menyangka terdapat condog yang berintikan tempe sahaja dijual.

Antara komen netizen:

“kok gak dikasih tau diawal sebelum beli sih 😭😭😭😭😂”

“namanya bukan corn dog dah, call them “Cornmpe” 😂”


“udah gigitnya pake effort malah gak keluar tuh keju 😂😂”

“wwkwkw yg jual bnr bnr diluar nalar kreatifnya😭😭🤣🤣🤣🤣🤣

“tinggal dipotong terus disambel aja bang”

Video TikTok yang tular:

@bijarzxx

corndog dalemannya tempe siall

♬ suara asli – abiiii