[VIDEO] Selamat Timang Cahaya Mata Pertama, Elfira Loy Kongsi Video

Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar diatas kehadiran cahaya mata pertama mereka. Perkara itu dimaklumkan sebentar tadi oleh Elfira menerusi akaun Instagramnya. Menerusi perkongsian tersebut, Elfira turut meluahkan rasa syukur berserta tarikh 1 Oktober 2019 iaitu hari kelahiran cahaya mata sulungnya itu. Diruangan komen perkongsian tersebut turut dihujani dengan ucapan tahniah [...]

Pelakon wanita popular Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Berita gembira itu dimaklumkan sebentar tadi oleh Elfira menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Elfira turut meluahkan rasa syukurnya berserta tarikh 1 Oktober 2019 iaitu hari kelahiran cahaya mata sulungnya itu di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Syukur Alhamdulillah | 1.10.19

A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on

Melalui ruangan komen perkongsian tersebut turut dihujani dengan ucapan tahniah tidak henti-henti buat pasangan berkenaan.

Walaubagaimanapun, sehingga kini tidak diketahui sama ada anak pertama Elfira dan Faris adalah lelaki atau pun perempuan.

Semoga kesihatan Elfira dipermudahkan begitu juga dengan proses berpantang selepas ini. Tahniah sekali lagi kami ucapkan.