“Ada kawan-kawan tak suka,” Tampil Tak Bertudung di Korea, Ini Penjelasan Ayana Jihye Moon

Sering berkongsi kisah penghijrahanya memeluk Islam di media sosial, Ayana Jihye Moon model hijab popular yang berasal dari Korea dipersoal oleh netizen setelah tidak mengenakan tudung seperti kebiasaanya apabila pulang ke negaranya.

Baru baru ini di Instagram miliknya dilihat memuat naik gambar hanya bertopi menutup kepala dan berjaket ‘hoodie’. Dalam foto berkenaan dia bergambar bersebalahan dengan adiknya Aydin yang juga telah memeluk Islam.

Ayana mendapat perhatian daripada peminatnya bukan sahaja di Malaysia malahan lebih lebih lagi di Indonesia. Kemas kininya itu membuat rata rata peminatnya bimbang kerana imejnya yang bertudung terjejas.

Pun begitu, Ayana tidak berdiam diri dan menjelaskan bahawa ada masa dia terpaksa tampil dengan imej sebegitu mengikut kesusaian tempat dan waktu di Korea.

“Please do not fight here. Saya pakai hijab di Korea kalau saya jalan-jalan sendiri, bertemu orang muslim dan ketika saya pergi ke masjid.

“Tapi ketika saya bekerja, bertemu keluarga dan teman-teman yang tidak suka hijab saya pakai topi kerana hijab memang susah diterima di Korea. Mungkin kerana Islam masih minority dan banyak tak kenal Islam.

“Doakan yang semua untuk saya dan Aydin. Terima kasih, rindu semuanya,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen  menegur Ayana agar dapat menutup aurat dengan sempurna seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

Bukan itu sahaja,  Ada juga di antara mereka memuji kecantikan Ayana kerana wajahnya seakan akan mirip dengan pelakon Korea terkenal, Song Hye Kyo.

Antara komen warga maya:

“Semoga Allah memudahkan segalanya”

” MasyaAllah sihat sihat selalu Ayana dan Aydin”


” Mirip banget cantik MasyaAllah”


” Aku fikir ini Song Hye Kyo”

“MashaAllah so good to see what he has become in life. There are a few things that really make a man grow up those are a good mother, a good wife, travelling many places and military service. So proud to see @aydinmoon like that. ”

Perkongsian yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayana Jihye Moon (@xolovelyayana)