Pernah Sebak Lihat Kereta Arwah Abam, Hidayah Kini Beli Vellfire Hasil Jual Sabun

Sebelum ini, tular di TikTok di mana balu arwah Abam, Hidayah dia sebak melihat kereta jenis Toyota Vellfire yang pernah digunakan Abam menyusuri jalan raya.

Menurutnya sebelum ini, kereta itu menyimpan banyak kenangan antara dia dan arwah. Namun kini kereta mewah tersebut tidak lagi dipandu oleh arwah Abam, tapi sebaliknya.

Tidak dapat dinafikan, semangat Hidayah memang kuat. Menjadikan Hamzah sebagai sumber kekuatan, kini Hidayah berjaya membeli kereta yang sama atas berkat usaha kerasnya!

Walaupun tahun ini nama Hidayah atau nama sebenarnya Siti Norhidayah Mohd Ali hangat diperkatakan akibat beberapa isu, itu bukanlah penghalang baginya dalam mencapai apa yang dinginkan.

Hidayah berkata ini semua hasil daripada usahanya sendiri yang tidak pernah berputus asa menjalankan pelbagai perniagaan demi membina kehidupan baru bersama anaknya.

Hidayah turut bangga kerana berjaya menjadi setanding arwah Abam yang mampu membeli kereta tersebut untuk keselesaannya dan Hamzah bersama.

Hidayah turut sempat berkongsi gambarnya bersama Hamzah di depan kereta Vellfire yang baru dibeli sempena Hari Raya Aidil Adha tempoh hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Netizen dilihat gembira dengan kejayaan yang dicapai Hidayah. Hidayah telah membuktikan bahawa seorang ibu tunggal mampu dan kuat menempuh ujian yang berat.

“Alhamdulillah… Akhirnya dapat juga dayah tunaikan kembali hasrat arwah beli kereta besar untuk keselesaan hamzah dan keluarga dayah… Semoga dayah berjaya dunia dan akhirat…” tulis seorang pengguna Instagram.

Dalam pada itu, ada yang bertanya apa rahsia kejayaan Hidayah sehingga mampu membeli kereta mewah tersebut.

“Alhamdulillah syukur berkat kerja keras hasil bisnes jual sabun daun sukun & serum Dieya Beauty,” kongsi Hidayah.

Orang ramai percaya, kejayaannya ini adalah hasil daripada sifat sabarnya. Selain itu, kesenangan yang diraih ini bukanlah semata-mata untuk dirinya sendiri tetapi buat Hamzah juga.

Video yang pernah tular di TikTok

@hidayah_hamzah Hanya tinggal Kenangan Kereta Arwah Suami..Bila hamzah dah besar Ini la Kereta Ayah, Ayah penah cakp Kereta ini untuk keselesaan anaknya.. Doakan Bisness Ibu berjaya ❤️🥰#hanyatinggalkenangan #keretapenuhkenangan #dieyabeauty ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS