“Harap awak kuat..” Luahan Mizz Nina Raih Perhatian, Netizen Titip Kata Semangat

Namanya tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia, Shazrina Binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina penyanyi solo yang juga isteri kepada Noh Salleh.

Dahulu timbul dakwaan mengatakan rumah tangga mereka menghadapi masalah. Maka sebab itu, luahan dan nukilan yang dimuat naik di instagramnya baru baru ini mengundang perhatian netizen.

Nukilannya itu berkenaan dugaan dan ujian dalam kehidupan. Beliau seloah olah memberi mesej tersirat bahawa dirinya sedang melalui kesukaran namun menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

“Sesetengah perkara mungkin kelihatan sukar dalam kehidupan. Hijrah, melalui kesusahan, sedih kerana kehilangan, pertengkaran, pekerjaan, perceraian…

“…atau dalam mana-mana situasi yang kelihatan sukar tetapi pada hakikatnya, ia adalah sesuatu yang baik dan indah,” tulisnya.

“Ia seperti makan ubat. Tiada siapa yang suka kerana pahit tetapi perlu diambil kerana baik untuk kita. Malah, anda mungkin menyukai sesuatu tetapi tidak sedar tentang kesan dan akibat sama ada kurang baik dan negatif…

“…berkemungkinan membawa kemudaratan namun anda suka kerana ia memberi ketenangan dan keselesaan dimana mungkin menghalang anda daripada mendapat ganjaran atau kebaikan.

“Membuat perkara baik mungkin kurang digemari kerana sukar untuk dilakukan, dan perkara buruk lebih disukai kerana memberi keselesaan,” katanya.

“Sesungguhnya, hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi, terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah disebaliknya atau tidak.

“Satu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan Allah buat anda. Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui,” tulisnya lagi.

Seseorang itu mungkin menyukai sesuatu tetapi tidak menyedari sekiranya kesan diterima adalah negatif sehingga boleh mendatangkan keburukan.

Namun pun begitu, nukilan beliau telah dusinting dengan meletakkan ‘repost’ daripada akaun aplikasi miliknya @qallbyapp

Sebelum disunting:


Melihat di ruangan komen, rata rata netizen memberikan pelbagai reaksi yang positif dan memberikan semangat serta doa buat Mizz Nina agar diberikan kekuatan.

Perkongsian yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@officialmizznina)