“Ada beza isu cium ketiak yang..” Kecoh Isu Hamil, Ini Respon Ayda Jebat & Nabil Mahir

Pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat memohon orang ramai dan peminat agar mendoakan kesejahteraan mereka dan bersabar.

Selepas tular kisah yang mendakwa Ayda kini sedang berbadan dua, kata pelakon itu, belum masanya lagi untuk dia mengulas lanjut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

“Kalau berita itu baik-didoa-doakanlah, sampai masanya insya-Allah kita akan umumkan. Doakan yang terbaik untuk kita,” kata Ayda ketika diundang sebagai tetamu di Bawang Live pada Rabu.

Tambah Ayda, isu hamil dan ‘cium ketiak’ tidak sepatutnya dijadikan kayu ukur untuk netizen mengulas atau tularkan tanpa kesahihan.

Bagi Ayda sendiri, dia dan suami sudah punyai perancangan sekiranya benar mereka bakal menimang cahaya mata kelak.

“Ada beza isu cium ketiak yang tak nak privasi dan hamil, ini situasi berbeza. Ia seperti kita nak berkahwin sudah ada tarikh tapi orang lain umumkan. Biarlah tuan badan sendiri yang buka mulut.

“Kita pun sudah ada perancangan yang disusun dan kami juga terbabit dengan beberapa jenama serta duta produk yang tak boleh main hentam saja,” ujarnya.

Sementara itu, kata Nabil dia tampil lantang bersuara apabila kecoh kononnya Ayda kini sedang hamil apabila melihat isterinya itu menitiskan air mata.

“Saya tak pasti macam mana nak respon apabila ada antara keluarga dan kenalan yang bertanyakan hal itu (hamil).

“Tetapi saya marah apabila melihat isteri saya menitiskan air mata. Memang pantang! Jangan buat isteri saya menangis,” tambah Nabil.

Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan pasangan Ayda dan Nabil difahamkan bakal menimang cahaya mata namun situasi menjadi kecoh apabila laporan itu dikeluarkan tanpa kebenaran pasangan terbabit.

Ditanya oleh hos Bawang Live, Dahlia Syazwan adakah Nabil bakal bergelar bapa. Kata Nabil; “Saya bapa kepada kucing-kucing dan bisnes saya.”

Terdahulu, Nabil Mahir di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa kurang senang dengan laporan sebuah portal berita yang mendakwa isterinya sedang hamil.

Menurutnya, mereka berdua tidak mengesahkan kesahihan berita terbabit namun ianya telah diterbitkan dan disensasikan oleh sebuah portal berita yang tidak bertanggungjawab.

“Dalam kehidupan ini, apabila kita mendapat berita yang baik, sudah pasti kita sendiri yang ingin kongsikannya.

“Hari ni kami pening, marah & sedih sampai mengalir air mata kerana ramai yg terasa, tersentap dan yang ingin tahu. Stress yang tak diperlukan. Mungkin kalau betul, bukan saja saya & Ayda malah artis atau orang lain ada alasan tersendiri kan?

Jika betul pun khabar itu, tiada seorang ibu atau bapa dim dunia ini yg inginkan berita gembira mengenai zuriat pertama mereka dirampas & dijadikan sebagai viral di portal gossip,” kongsi Nabil.

Nabil juga mahu mana-mana pihak menghormati urusan kehidupan masing-masing dan mengucapkan terima kasih di atas kesemua doa dan ucapan yang diberikan serta turut berharap kesemua pihak faham dengan situasi pada waktu kini.