[VIDEO] “Sama macam tatu,” Tak Sah Solat Kalau ‘Sulam Bedak’, Safiey Illias Minta Wanita Muslimah Tak Tertipu

Ramai wanita diluar sana yang mahu sentiasa kelihatan cantik dan menawan samada ketika berada di rumah mahupun di luar.

Namun begitu, kadangkala ada rawatan kecantikan yang digunakan perlu dikaji semula oleh pengguna samada ia bersesuaian ataupun tidak dengan seseorang itu.

Safiey Illias tampil jelaskan status sulam bedak  bagi wanita beragama Islam

Seorang usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Illias tampil menjelaskan mengenai sulam bedak sama ada mesra wuduk untuk wanita beragama Islam bawa ketika bersolat.

Safiey, 27, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias berkata sulam bedak tidak sah kerana proses yang dilakukan sama seperti membuat tatu dan warnanya akan kekal selama tiga hingga enam bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94)

Terus terang ya, proses sulam macam buat tatu

“Sebenarnya tahu tak sulam tu apa? Saya cakap terus terang ya, proses dia macam buat tatu. Saya tak suka bila ada yang tipu cakap boleh bawa solat.”

“Konon sah solat bila buat sulam kening atau bibir atau segala jenis sulam bedak. Tak.. Sebabnya dia ada pigmen warna yang dimasukkan sebab itu akan dibius.”

Sulam kalau bilas dengan air akan hilang tapi ini tahan berbulan

“Kalau betul dia adalah sejenis sulam bukan tatu, sepatutnya bila kita dah bilas dengan air, dia akan hilang.”

“Bila nak solat, kita mesti akan bersihkan semua supaya air dapat mengalir ke seluruh anggota badan. Kalau warna masih kekal selama tiga hingga enam bulan, itu apa?” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94)

Kasihan lihat wanita muslimah ditipu 

Usahawan kosmetik ini dimuat naik video berkenaan di Instagram yang dirakam ketika Safiey sedang melakukan sulam kening di sebuah kedai penjagaan kecantikkan.

Jelas Safiey lagi, dia kasihan melihat wanita muslimah ditipu gara-gara sikap segelintir peniaga yang mementingkan keuntungan.

Saya bukan nak salahkan tapi jangan claim mesra wuduk

Tegasnya, dia tidak berniat untuk menutup periuk nasi individu terbabit tetapi sekadar rasa bertanggungjawab untuk berkongsi informasi sebenar.

“Walaupun saya macam ini tapi saya kesian tengok kakak muslimah kita. Saya minta maaf bukan nak salahkan tapi jangan claim mesra wuduk.”

Kesian orang kat luar nak cantik tapi tertipu

“Tak boleh macam tu.. tolong bagitahu pelanggan perkara sebenar apa yang dilakukan. Jangan nak tamak duit.

“Kesian orang kat luar yang nak cantik tapi tertipu. Korang kena jadi pandai. Saya bukan nak tutup periuk nasi orang tapi saya bercakap sebab saya rasa perlu cakap.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94)

Saya rasa bertanggungjawab beritahu perkara sebenar

“Saya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu perkara dan informasi sebenar,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan usahawan kosmetik ini memberitahu perkara sebenar kepada orang ramai mengenai rawatan sulam tersebut.