[VIDEO] “Bukan gimik..” Shuk Sahar & Brader Serang Gerai Air Akhirnya Berdamai

Bekas penyampai radio Shuk Sahar, 35, menyatakan dirinya sudah bertemu dengan pemuda yang menyerang di gerai minumannya di Wangsa Maju, baru-baru ini.

Menurut Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata mereka sepakat untuk tidak memanjangkan isu lalu berdamai.

“Jadi korang saya dah berjumpa dengan brader (pemuda) nilah yang datang masa saya berniaga air tu.

“Apa yang kitorang nak beritahu kita dah ambil keputusan untuk berdamai,” katanya.

Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya, semalam.

Tambah suami kepada Rossalennah Natassyiah Asshaferah, dia juga mengambil keputusan untuk memadam video yang telah membuka aib pemuda itu.

“Saya ambil keputusan untuk turun (padam) video itu. Jadi benda ini selesai lah ye,” katanya lagi.

Sementara itu, pemuda berkenaan turut memohon kepada Shuk kerana sudah melakukan provokasi.

“Saya nak minta maaf pada Shuk sebab provok macam-macam dengan kata-kata yang tak patut saya cakap.

“Sebagai orang yang dewasa, saya minta maaf sangat,” katanya.

Shuk Juga menafikan dakwaan netizen mengatakan video seorang lelaki menterbalikkan gerai jualan minumannya, kelmarin adalah gimik promosi pemasaran jualan minumannya itu.

“Orang nak cakap dan anggap apa pun, biarlah. Apa yang penting saya mencari rezeki halal. Tiada apa yang saya nak komen lagi.

“Pada sesiapa yang kata saya cuba menipu dengan membuat drama untuk strategi pemasaran jualan itu, saya reda. Ini kerana kalau dijelaskan perkara sebenar pun, orang akan kata macam-macam juga.”

Kelmarin, tular di media sosial gerai jualan air ‘viral’ diusahakan Shuk bersama pembantu peribadinya, Iskandar Nurzaman di di Wangsa Maju diterbalikkan seorang lelaki yang berang selepas ditegur Iskandar kerana menyindir Shuk.

Insiden berlaku apabila pemuda itu mengeluarkan kata-kata berbaur provokasi dan bernada sinis serta mentertawakan Shuk yang perlu berniaga air di tepi jalan selepas ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio kerana kesilapan sendiri.

Berikutan kejadian itu, Shuk terpaksa menanggung kerugian apabila dua tong air jualannya tertumpah hingga terpaksa menghentikan jualan lebih awal.

Menurut Shuk, kini dia amat bersyukur segala permasalahan yang berlaku sudah selesai.

Katanya, dia juga mahu fokus dengan perancangan perniagaan selain terus aktif dalam kerjaya seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shuk_hotfm)

Terdahulu, Shuk juga ada memuat naik video pendek berdurasi 45 saat membabitkan pertemuan dengan lelaki terbabit yang tampil berjumpa dengannya untuk memohon maaf di atas tindakan tidak matang dilakukan.

Dalam perkembangan lain, Shuk memaklumkan dia akan terbabit semula dengan pertandingan Muzikal Lawak Superstar di Astro mewakili kumpulan MASHUK bersama Achey dan Mark Adam yang sebelum ini dihentikan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).