Pura-Pura Tak Bersalah Lepas Dah Kantoi Siap Marah-Marah, Lelaki Kongsi Detik Cemas Jadi Mangsa Pickpocket di London

Ketika makan angin ke luar negara, peluang untuk menjadi mangsa penyeluk saku memang tinggi lagi-lagi jika tempat itu terkenal dan sering menjadi tumpuan pelancong.

Iospital phone repair gombak

Walaupun sudah mengambil langkah berhati-hati, penyeluk saku licik dan datang dengan pelbagai modus yang boleh mengaburkan mata kita.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok, @izz_akrm berkongsi rakaman pengalamannya hampir jadi mangsa penyeluk saku berkumpulan semasa bercuti di London.

Yang lebih mengejutkan, penyeluk saku berkenaan masih berani menunjukkan taringnya walaupun sedang dirakam oleh kamera rakannya di sebelah.

Bukan sahaja berseorangan, malah bawa geng pula untuk memudahkan lagi kerja menyeluk saku mereka di khalayak ramai.

Menerusi video yang dimuat naik, dilihat beberapa anggota penyeluk saku berjalan menghampiri belakang mangsa sambil salah seorangnya cuba membuka zip beg silang yang dipakai mangsa.

Lalu, penyeluk saku itu sekali lagi cuba mengambil barang di dalam beg silang tersebut. Bagaimanapun kali ini disedari oleh lelaki tersebut dan dia segera menegur penyeluk saku itu.

Penyeluk saku malah pura-pura marah apabila dituduh dan terus melarikan diri daripada mangsa dan rakannya apabila ‘rancangan’ mereka sudah kantoi.

Rakaman berbaur peringatan ini telah berjaya mencecah jumlah tontonan sehingga 2.5 juta serta mendapat 171.5 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata berasa ‘seram’ melihat situasi yang dialami lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsikan tip ketika melancong ke negara yang berpotensi diserang penyeluk saku.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Video yang tular di laman TikTok dan Twitter

@izz_akrm Kena Pick pocket dekat London. 🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️ #travelwithizz #izzgrouptiktok ♬ original sound – Izz_akrm