Adenovirus Serang Paru-Paru, Ibu Sebak Tengok Anak Menangis Tanpa Suara Menanggung Sakit

Bila sudah menjadi ibu ataupun bapa, pastinya kita mahukan yang terbaik buat anak tidak kiralah dari segi makan pakai, pelajaran dan yang paling utama adalah dari aspek kesihatan. Anak demam panas pun dah tak keruan, apatah lagi menghidap sebarang penyakit.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sepasang suami isteri berkongsi tentang penyakit anaknya mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, Arralyn Nur Salsabila, bayi yang baru berumur setahun tiga bulan itu difahamkan menghidap radang paru-paru akibat Adenovirus.

“Tiba-tiba saya tengok dia mengalirkan air mata tanpa suara.

“Saya tahu banyak benda dia nak beritahu, dia baru berumur setahun.

“Dia tak tahu cara nak cerita dekat saya. Terus kuat ya, Arralyn.

“Saya tak bagi dah sesiapa buat awak sakit,” tulisnya di akaun TikTok.

Menurut portal MyHealth, Adenovirus merupakan kuman yang boleh menyebabkan pneumonia iaitu radang atau inflimasi pada paru-paru.

Pemilik akaun TikTok itu, Illa Ashilla, dipercayai ibu kepada Arralyn berkata antara tanda-tanda awal penyakit ini yang ditunjukkan anaknya termasuklah batuk, selesema dan demam selama seminggu.


Memetik MyHealth lagi, bacaan oksigen yang normal ialah antara 95 sehingga 100 peratus tetapi pada peringkat awal virus itu menyerang Arralyn, bacaannya lebih rendah iaitu 86 peratus.

Berdasarkan video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok, kelihatan Arralyn tidak sedarkan diri selama empat hari pada awal Disember.

“Bangunlah sayang. Dah empat hari awak tak bangun. Mama rindu senyuman, gelak tawa awak,” ujarnya di kapsyen video.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat perjuangan anak kecil itu dan medoakannya agar cepat sembuh dan kembali ceria seperti sedia kala.

“Kesiannya ya Allah, kecil-kecil menanggung perit.. Aku tak boleh kalau bab anak ini.”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar ibu dan bapa kepada bayi ini terus kuat menempuh ujian berat ini.

Antara komen warga maya:



Video yang tular di laman TikTok:

@ashilla906 Bangun la syg #prayforarralyn #edenovirus ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@ashilla906 #adenovirus ♬ Lagu Sedih – Muhammad abdul jafar

@ashilla906 Replying to @Niralessy beauty ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@ashilla906 #arralyn #adenovirus ♬ bunyi asal – AkuPendosa – “ℂ