Masuk Islam Setelah 5 Tahun Bercinta Dengan Awek Melayu, Lelaki Ini Akhirnya Tinggalkan Kekasih Demi Orang Ketiga Tetapi..

Bercinta dengan pasangan yang berbeza agama ini bukanlah satu perkara yang mudah. Manakan tidak, ianya memerlukan kefahaman antara satu sama lain yang sangat tinggi dan yang paling penting adalah restu daripada kedua ibu bapa.
Iospital phone repair gombak
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis bernama Syaza Layaliya Nasarudin, 20, jatuh cinta kepada pemuda India dikenali sebagai G. Jeeva Raj, 21.

Memetik laporan mStar, kisah cinta mereka bermula pada 2017 ketika kedua-duanya masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana, Perak.

“Kelas kami bersebelahan dan selalu terserempak.”

“Saya memang dah lama berminat dengan dia, tapi dia yang mula mesej saya dulu di Instagram dan minta nombor telefon saya, dan saya pun bagi.”

“Selepas itu, kami berborak dan saya baru mengetahui yang dia bukan Islam. Tetapi apabila dia beritahu sukakan saya, saya terima sahaja,”

Bercerita lanjut, Syaza berkata saat paling manis dalam hubungan mereka apabila Jeeva akhirnya mengambil keputusan untuk mengucap dua kalimah syahadah pada 2021 dan menggunakan nama Adam Raj Gunasehgaran.

“Selepas itu saya mula ajar dia mendalami ilmu agama sikit-sikit seperti berpuasa dan mengaji.”

“Memeluk Islam adalah pilihannya namun kami harus terima hakikat bahawa cinta kami tidak direstui bapanya,” kata Syaza.

Mengimbau kembali saat jatuh bangun, mereka berdua pernah terlibat dalam sebuah kemalangan dan sebagai kekasih, Syaza memikul tanggungjawab untuk menjaga adam sebaik mungkin di Hospital Taiping, Perak.


Selepas pulih daripada kecederaan, teman lelakinya itu mengambil inisiatif untuk bekerja di beberapa tempat seperti restoran makanan segera dan kedai serbaneka demi mengumpul duit untuk membeli kereta dan motosikal baru bersama Syaza.

“Ya waktu tu kami kumpul duit sama-sama. Walaupun tiada apa-apa ikatan yang sah, kami berjanji untuk membeli kenderaan bagi memudahkan pergerakan.”

“Akhirnya kami berjaya memberi kereta dan motosikal bersama,” katanya lagi.

Namun siapa sangka, Adam membuat keputusan untuk memutuskan hubungan oleh kerana hadirnya orang ketiga yang dikenali Adam di tempat kerja baharunya.

“Saya pun terkejut dengan berita itu dan mengalami anxiety teruk. Saya hilang arah sekejap lepas putus, sampai diberhentikan kerja sebab tak dapat nak fokus.”

“Berat saya turun sebanyak 15 kilogram setelah kejadian itu.”

“Walaupun dah putus, dalam tempoh tersebut saya tetap menaruh harapan kepada Adam dan akan berikan peluang kedua jika dia pilih untuk kembali bersama saya,” ujarnya.

Akhirnya pada November lalu iaitu selepas lima bulan berpisah, Syaza dan Adam kembali bersama sebagai pasangan kekasih.

“Saya bagi dia peluang kedua sebab rasa sayang itu lebih daripada rasa sakit. Sepanjang perjalanan bercinta itu saya ikhlas sayang dia, dan dia pun berusaha untuk menjadi yang terbaik sejak zaman sekolah lagi.”

“Saya bimbing dia ke arah Islam dan banyak tolong dia, banyak tenaga, duit dan masa dah rugi. Saya pun beritahu dia yang saya sentiasa tunggu dia,” katanya.